Thursday, May 22, 2014

Berapa banyak air perlu diminum setiap hari ???



"Wah akak... 3liter air sehari? x bahaya ke? nnt kang terlebih2 air pulak dalam badan ni, bahaya tu kak"

Hehe...Ilah hanya mampu tersenyum dan tergelak bila ada yang mengadu macam ni kat Ilah...ya la... 3liter je kot...mane ada nak terlebih2..kurang ada la..

Kalau kita tak ambil vitamin pun kita kena pastikan air dalam badan ni cukup..apatah lagi ambil vitamin kan... kalau air tak cukup, macam mana zat2 nak mengalir dan menyerap dengan sempurna ke sel kita? macam mana nak buang toksin2 dan kotoran2 dalam badan tu kan??

Ok, hari ni Ilah akan kongsikan sedikit artikel berkenaan pengambilan air. adakah kita benar2 sedar akan kepentingan mengambil air kosong....sejauh mana kita tahu keperluan air dalam badan kita.

Badan kita ni terdiri drpd 65% air. dan air ini digunakan oleh hampir semua organ badan dan sangat2 diperlukan dalam pengawalan suhu badan. Air bertindak sebagai pelembap kulit dan memastikan pengaliran darah yang lancar dalam tubuh badan.

Walaubagaimanapun, air akan kehilangan dari badan kita apabila berpeluh, bernafas dan membuang air besar/kecil.Mmg mudah sangat2 hilang dari badan. Sebab tu lah kita dinasihatkan mengambil dalam 2-3 liter air sehari (8-10 gelas ) sehari untuk menampung kehilangan air ini. Panduan yang paling mudah untuk memastikan kita mendapat air yang mencukupi atau tidak adalah dengan melihat warna dan bau urin kita. Jika tidak berbau dan warnanya tidak pekat (jernih atau putih kekuningan) itu menunjukkan kita mengambil air yang mencukupi. tapi jika tidak, adalah sebaliknya.

Kita perlu minum lebih banyak air dalam situasi tertentu seperti:

  • Bila cuaca sangat panas, kita berasa tidak sihat dan seperti hendak demam
  • Jika kita mengandung dan sedang menyusukan anak
  • Sebelum dan selepas senaman
  • Ketika dalam kapal terbang yang mana udara sangat kering. dalam situasi ini badan kita boleh kehilangan sehingga 1.5 liter walaupun dalam penerbangan yang singkat!


ha...tgk tu..mudah sangat badan kita kehilangan air kan??


Bagaimana pula jika kita mengambil terlalu banyak air? boleh ka?

Untuk pengetahuan kita, memang susah untuk minum banyak air, tapi ia tidak mustahil. Seorang dewasa sebenarnya boleh minum sehingga 15 liter air sehari! Tapi, pakar menasihatkan adalah lebih baik untuk kita minum air secara sikit2 sepanjang hari..bukanlah terus habiskan dalam satu masa. Ini adalah untuk mengelakkan berlakunya "hyponatraemia" keadaan dimana paras garam dalam darah menjadi sangat2 rendah mencapai tahap bahaya. 

Ha...segalaya sudah terjawab di sini.. kalau setakat 3 liter air tu , xda apa sangatlah kawan2.. sbb kita boleh minum sehingga 15 liter! tapi janganlah sekaligus..haru nanti..huhu

Tapi apa yang Ilah ceritakan di atas ini adalah untuk sistem badan yang normal. Jika anda adalah antara orang yang mempunyai masalah kesihatan tertentu seperti masalah buah pinggang, perkumuhan dan sebagainya, jumlah air yang perlu anda ambil bergantung kepada recommendation doktor dan pakar anda :)

Oklah kawan2..saya harap perkongsian ini dapat memberi manfaat bersama.

Jom amalkan meminum air putih dengan mencukupi untuk kesihatan kita :)

KENAPA VITAMIN TIDAK BERKESAN

Ketahui beberapa faktor KENAPA VITAMIN TIDAK BERKESAN?

Assalamualaikum.. 
Ada yang tertanya- tanya kenapa dah amik vitamin tapi tak rasa apa-apapun atau tiada kesan seperti yang diharapkan???
 
Jom kita baca bagi menambah ilmu kita...

Ilah yakin ramai yang tahu berkat istiqamah...berkat istiqamah [amalan yang dilakukan secara sedikit tetapi berterusan] even dalam mendapatkan kesan hasil dari pengambilan supplement, kita disarankan makan secara konsisten selama 3 bulan untuk benar-benar mendapatkan keserasian ditambah sel kita hidup antara 90-120 hari.

Namun ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement mereka disebabkan oleh beberapa faktor:

1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.


Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.


Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik. Yang terbaik, 1 liter perlu diambil bagi berat 25kg. Tips ni juga untuk orang nak kurus...Jadi kalau kita berat 50kg, air yang diperlukan oleh badan ialah 2liter sehari...iaitu 2 liter ni diminum dalam masa 24jam:)






2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.



Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak  tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.



3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.

Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.


4. Kurangkan pengambilan kafien dalam diet harian.

Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.


5. Pantang larang makan vitamin.

Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Tahukah anda vitamin E tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia. Ada beberapa lagi yang perlu kita ketahui seperti pengambilan Alfalfa tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan. Alfafa juga tidak boleh diambil oleh pesakit SLE..




TIPS UNTUK IBU MENYUSU.

Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Utamakan niat yang utama. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan dikhuatiri pengambilan air tidak sekata. Sekiranya anda membeli, maka dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan anda tahu fungsi kebaikan vitamin yang anda beli!

Apapun makanlah dengan ilmu. Jangan beli vitamin jika anda tidak tahu apa kebaikan vitamin yang anda amalkan. Sila call pengedar jika anda inginkan jadual panduan makan dan bagi ibu menyusu panduan pengambilan vitamin yang betul untuk mempercepatkan penghasilan susu ibu.


Ha.. fakta dan panduan yang sangat berguna kan? sebab itulah, kalau sape2 yg bertanya Ilah kenapa dia rasa vitamin tak bg apa2 efek pada dia, Ilah akan terus bertanya, air cukup x? mkn ikut jadual x ? minum skali ngan teh atau kopi ke? dan bla3..haha. tanya bukan sebarang tanya tau, tanya sebab kita mmg ade guideline yg perlu diikut..hihi
 
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Nor Azilah Abu Osman
♥ sms/whatsApp: 012-4967714
♥ Fb: www.facebook.com/InshaAllahSIHAT sila klik LIKE utk info terkini

TIPS : ATASI SUSU MERUDUM KETIKA HAID



Tip nya ialah....makan pisang masa kedatangan haid. Ada yang berpendapat pisang salah satu buah-buahan berangin. Untuk saya sendiri, pisang ok jer untuk di makan walaupun masih menyusu anak. Malahan pisang adalah buah yang mempunyai banyak khasiat.


ANDA PERLU TAHU.............

Ketika kedatangan haid, wanita akan kehilangan kandungan kalsium dam magnesium dalam badan. Ini secara tidak langsung boleh menyebabkan pengurangan penghasilan susu badan / susu merudum.


Bagi mereka yang risau "kalau makan takut baby kembung perut ..", anda boleh menganbil supplemen semulajadi Shaklee yang boleh membekalkan anda dengan kandungan kalsium dan magnesium yang diperlukan oleg seorang ibu menyusu.

Apa akan jadi kalau tak ambil supplemen? - jawapannya : badan anda tak cukup kalsium dan magnesium.

Apa jadi kalau tak cukup 2 zat itu? - selain boleh mengganggu penghasilan susu, anda mungkin akan mengalami kesakitan tulang dan sendi serta rasa lemah dan lesu. Lenguh-lenguh pinggang dan belakang tu jangan cakap la.

Apa cara terbaik? - minum air dengan banyak, makan pisang...hihi...jaga pemakanan dan ambil supplement yang sesuai supaya susu badan makin berkhasiat dan banyak dari hari ke hari. Selagi kita menyusu, badan memerlukan zat yang mencukupi barulah penghasilan susu badan bombastic lagi fantastic!
 
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Nor Azilah Abu Osman
♥ sms/whatsApp: 012-4967714
♥ Fb: www.facebook.com/InshaAllahSIHAT sila klik LIKE utk info terkini

TIPS MEMILIH BREASTPUMP YANG TERBAIK


Mula-mula nak survey pasal breast pump ni, soalan yang paling banyak berkumandang dalam kepala ialah breast pump mana yang paling bagus? atau soalan yang sepatutnya, breast pump mana yang paling sesuai dengan diri? Actually, kita takkan tahu breast pump mana yang bagus & sesuai dengan kita selagi belum cuba. Tak semestinya si A sesuai dengan Brand A akan sesuai dengan kita. Mungkin yang tak sesuai dengan orang lain, yang tu yang berkesan kan kita. So it is subjective, but then kita boleh cari ikut keperluan & kesesuaian kita berdasarkan kriteria breast pump tu & review2 dari orang lain walaupun mungkin tak sama tapi at least ada la point dari blur langsung pasal breast pump.


Antara point-point & kriteria penting kita perlu tahu tentang breast pump:

1) Range harga
Breast pump boleh dibeli dari range harga RM20 sehingga la RM2000. Belilah pam yang sesuai ikut kemampuan. Tak semestinya beli pam beribu, susu dapat banyak. Sama je. Mana2 pam sama sahaja. Cuma pastikan, ia selesa, tak menyakitkan, suction macam baby yang sedang menghisap n senang nak bawa ke mana2. Kalau boleh, beli time promosi ok! Beli masa jualan murah. N survey dulu harga pam. Jangan main beli je.

2) Jenis breast pump
Ada banyak jenis breast pump. Tapi secara generalnya ada 4 iaitu manual, battery-operated, electric & battery+electric operated.

Manual:    Kita pump sendiri guna kederat tenaga fizikal & mental. Agak meletihkan tapi harga murah dari yang lain. Kalau elektric source takde pun kita masih boleh mengepam. Sesuai untuk yang pam kadang-kadang, jarang-jarang. Biasanya ada single pumping sahaja. 

Battery-operated:  Breast pump yang menggunakan battery yang rechargeable. Kena pastikan jangka hayat untuk battery berapa lama dia mampu bertahan.

Electric:   Pump yang menggunakan electric. Mudah & tidak memenatkan. Perlu ada electric source. Kemudian plug in & pam la sambil tengok tv ke buat keje ke. 

Battery+electric operated:   Pump yang ada dual function, boleh pakai electric & boleh pakai battery yang rechargeable. Ini mungkin breast pump yang menjadi idaman ramai ibu-ibu. 


3) Single atau Double pumping


Single pumping maksudnya breast pump tu hanya boleh pam salah satu dari breast dalam satu masa. Kiranya kena gilir-gilir. Manual biasanya adalah single pumping mana kala ada juga single pumping dalam jenis battery-operated, electric & battery+electric operated. Ada juga single pumping yang boleh di-upgrade menjadi double pumping.
Double pumping maksudnya breast pump tu mampu pam serentak kedua-dua breast. Double pumping biasanya adalah dari jenis breast pump electric & battery operated.


4) Brand breast pump
Ada berlambak-lambak brand breast pump di pasaran. Sebab berlambak tu la jadi pening mana satu nak pilih ni kan. Antaranya Medela, Avent, Spectra, Modu, Nuby, Tommi Tippee, Ameda, Unimom, Anakku, Pureen. Antara yang famous & selalu kita baca review blogger2 kat Malaysia tentulah Medela, Avent & Spectra. 

5) Jenis sedutan
Jenis sedutan atau suction ni penting. Ada breast pump yang boleh mimic seperti baby, ada yang suction agak kuat, ada yang senyap semasa mengepam & ada juga yang krok krek krok  krek (boleh tak buat bunyi gini?) bising bila dipam. Di sini kita boleh baca review & pengalaman orang lain. Breast pump electric biasanya mampu selaraskan atau oter kelajuan sedutan mengikut keselesaan kita.

6) Bilangan parts
Ada breast pump yang mempunyai banyak parts & ada juga yang sedikit.  Make sure all the parts are BPA free sebab kita pump susu untuk diminum baby. Pastikan spare part mudah untuk dicari supaya senang untuk menggantikan jika ada part yang hilang atau rosak. Breast pump jenis manual kebiasaannya mempunyai parts yang sedikit berbanding breast pump jenis lain. Breast pump jenis electric & battery operated juga perlu dihantar service, macam kereta pulak ye. Di sini adalah penting adanya warranty dalam membeli sesebuah breast pump.

7) Size & Berat 
Size & berat sesebuah breast pump juga berbeza. Macam biasa, ada yang ringan, ada yang berat, ada yang kecik, ada yang gedabak besar masuk handbag confirm tak muat. Bagi yang selalu travel & membawa ke hulu hilir breast pump ni lebih-lebih lagi ibu bekerja, haruslah consider breast pump yang ringan, kecil & mudah untuk dibawa. 

8) Ketahanan pam
Dicadangkan, cari pam yang tahan lasak serta motornya tahan untuk sesi pengepaman yang kerap. Biasalah ibu menyusu yang bekerjaya sudah pastinya akan lebih kerap mengepam berbanding dengan ibu yang tidak bekerja. Kerana stok susu sangat2 diperlukan bagi ibu yang bekerja serta kerap keluar berkursus. Boleh rujuk pada jurujual dan tanya betul2 pam mana yang jarang mengalami kerosakan motor dan sebagainya.

9) Keselesaan
Pastikan, corong pam yang akan dilekapkan ke atas breast kita, mempunyai alas getah yang lembut serta selesa. Lebih baik, corong pam yang mempunyai pelbagai saiz. Disebabkan, kita semua ni unik, ada pelbagai saiz. Tetapi kebiasaannya, corong sedia ada dijual telah pun direka dalam saiz yang standard (atau kata lain, FREE SAIZ).

10) Mobility
Pilihla pam yang rasa selesa n flexible untuk dibawa ke sana ke mari. Yelah, sesi mengepam paling kurang 2 kali sehari kan. Ni kalau beli set pam yang terlampau banyak compartment nyer...agak leceh... Penat nak usung ke sana ke mari. 




Kesimpulannya, pastikan "breastpump" yang ingin dibeli kualitinya bagus dan tahan lasak + tahan lama. Sebaiknya google atau bertanya dengan rakan lain pendapat serta pengalaman mereka dengan pam sedia ada. Boleh juga google pam yang sedang dipromosikan dengan harga yang menarik. Kemudian baru decide nak beli yang mana.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Nor Azilah Abu Osman
♥ sms/whatsApp: 012-4967714
♥ Fb: www.facebook.com/InshaAllahSIHAT sila klik LIKE utk info terkini

Set Asas (Nutriwhite)


Gentle Deep Foaming Cleanser (150ml)
  • Membersihkan dan menyegarkan kulit
  • Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan
  • Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan
  • Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen
  • Lembut dan menyegarkan

Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15 (50ml)
  • Licin serta kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit kesan daripada cahaya matahari dan Mountain Arnica untuk menghilangkan radang kulit, pelembap yang bertindak daripada semua sudut ini melindungi anda daripada kesan-kesan memudaratkan cahaya matahari dan membantu membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan persekitaran

Soothing Radiance Whitening Softener (150ml)
  • Ia lembut dan mengembalikan kulit pada pH yang seimbang
  • Kulit berasa lebih segar dan tegang dengan Rosemary
  • Kudzu menegangkan dan mencerahkan
  • Marshmallow melembapkan
  • Ianya sangat berkesan

Testimonials 1

Testimonial 2


Keratan Akhbar Tentang Nutriwhite Shaklee