Tuesday, May 20, 2014

Yong Tou Foo Bagan Ajam ( Pak Karim )

 Yong Tou Foo Bagan Ajam ( Pak Karim )


Lama dah ilah nak buat review pasai tempat nie...Yong Tau ni memang femes kat area Bagan ni tau, dan memang dah lama bertapak sejak dari Mak ngan abah Ilah x kawin lagi. Dulu tempat nie kami panggil Pak Karim. Sebab nama tokey kedai nie dulu Pak Karim. La ni anak2 dia ja yang uruskan. Boleh dikatakan Ilah ngan abg dalam sebulan tue 2 kali mesti mai makan kat sini...Memang sedap...

Dan kalau ada yang nak terjah tempat ni kalau mai jalan2 di Butterworth, Food Court ni terletak betul2 di belakang Sek Men Keb Dato' Onn , Bagan Ajam boleh nampak la kedai ni di hujung.

Kalau dari Jetty (Feri Penang) terus je dalam 20minit akan nampak Sekolah di sebelah kiri dan masuk ikut laluan tu. Yong Tau Foo Pak Karim ni kat pantai bersih… kedai dia kat belakang sekolah Dato’ Onn tuuhh… yang kat flat-flat tepi pantai tuuuuhhh…. Tau tak??...

Dan lepas kawan2 pilih-pilih apa yang nak kena tunggu di meja tau sebab kalau nak berdiri menunggu memang lambat la tapi berbaloi kalau dah makan :) Yong Tau Foo kat Bagan Ajam ni kuahnya sup. Jadi jangan dok minta kuah sos  tue plak tau...memang x dakla... 

Pastu leh pilih samada buh bihun, mee atau koe teow atau nak campoq. Ilah memang akan amik koe teow. Lepas tu isinya mestilah amik fish ball, fish cake, kubis bunga, tomato,daging, teloq burung puyuh dan penting mesti boh kangkung baru mari...kikiki..  Lepas tu dia mai ngan sambal dia yang pedas2 menggugat iman. Kalau makan mesti sediakan tisu sebab memang berpeluh giler tapi i like!

Yong Tau Foo Bagan Ajam..sangatlah famous dan punyalah ramai orang beratur...Ilah nak pesan satu ja kalau nak makan kat sini kena banyak bersabaq...Kiranya Ilah nie golongan org yang sabaq la kan...hihihi...



Pinggan kat bawah ni ilah punya, cabai dia buat Yong tou foo ni sedap tau, kalau mai mesti siap2 amik cabai tambah. kalau x cabai somi ilah pun ilah sapu..hehehe....Jadi tisu wajib kena ada tau..haha


Kami kalau p mesti mintak cabai tambah lagi... Cabai yang dalam mangkuk hijau tue memang dia bagi siap2 dah...yang tu bolehlah kalau nak cicah2...

Sambal

Ni pinggan suami ilah...

Yong Tou Foo



Kalu mai sini wajib order Lai chi kang dia...memang best...

Lai Chi Kang

 Kat sini ilah sertakan skali senarai harga untuk memudahkan kawan2...


Senarai Harga


Lagi satu nak pesan kalau dah abih makan tue jangan lupa angkat mangkuk sebab harga dia ada kat bawah mangkuk tue tau...

Harga dia ada bawah mangkuk camnie

Ok...x payah nak cita banyak2...kalau lalu kot Bagan jangan lupa singgah tau...Buka dari 4 petang sampai 8.30 malam...Hari Jumaat TUTUP!!!!

1 comment:

Rozie said...

Tempat peberet jugak...

http://sayangkudinadania.blogspot.com/2014/03/yong-tau-foo-kat-pantai-bersih.html?m=0