Tuesday, March 10, 2015

Bunga Ros

Assalamualaikum...
Lama betoi rasanya x update blog ilah ni...Almaklumlah  la ni busy sgt ...dalam busy2 ni pun ada minat baru....huhuhu....tanam bunga ros...

Dulu pernah sekali dah tanam pokok ni tapi x menjadi....try sekali lagi x taula nk menjadi ka x😃😄😅

Mula2 beli sepokok dulu yg warna merah pastue try tgk leh hidup...Pastue teru p beli lagi 3 pokok...

Masa ilah tulis ni pokok ni kiranya dah 4 hari dok ngan ilah....mintak2 kali ni menjadila menanam  bunga ros ni...

Wednesday, June 11, 2014

Kandungan Luar Rahim

Kehamilan bermula dengan telur yang disenyawakan. Telur ini dipanggil zigot. Lazimnya, zigot akan melekatkan dirinya sendiri ke lapisan uterus/rahim.

Bagaimanapun, dalam kes kandungan luar rahim atau di dalam istilah perubatannya dikenali sebagai kehamilan ektopik, zigot menyematkan dirinya di tempat lain (tertanam di luar rahim).

Menurut Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Pakar Putra, Batu Pahat, Johor, Dr. Chew Lay Boon, kandungan luar rahim merupakan satu komplikasi kehamilan di mana implantasi/penyematan sesuatu kandungan itu berlaku di luar ruang rahim.

‘‘Ia adalah sesuatu yang serius kerana boleh membawa maut, mengancam nyawa si ibu mahupun bayi yang dikandung, jika tidak dikesan dan diberikan rawatan awal.

‘‘Tiub fallopio – tiub yang membawa telur daripada ovari ke rahim merupakan tempat yang paling kerap berlakunya kandungan di luar rahim iaitu sekitar 98 peratus,’’ ujar beliau.

Kandungan luar rahim juga boleh berlaku di ovari, ligamen luas, kadangkala di ruang abdomen dan serviks/pangkal rahim yang boleh mengakibatkan berlakunya pendarahan vagina/faraj.

Seterusnya, pendarahan dalaman boleh terjadi jika tiub pecah menyebabkan sakit abdomen yang amat sangat.

Menurut Dr. Chew, insiden kandungan luar rahim telah meningkat di merata dunia sejak tiga dekad lalu. Kira-kira 1 peratus daripada semua kehamilan adalah kandungan luar rahim.

‘‘Ia menyebabkan 10 peratus kematian ibu mengandung dan merupakan penyebab utama kematian ibu mengandung di peringkat tiga bulan pertama (trimester pertama).

‘‘Secara umumnya, risiko kematian adalah dua daripada 1,000 kes kandungan luar rahim,’’ katanya.

*Tiub fallopio

Tiub fallopio kelihatan seperti paip berongga yang ditumbuhi oleh bulu-bulu kecil iaitu silia, pada dindingnya.

Silia ini bergerak seperti deruan ombak untuk menolak telur-telur ke dalam rahim. Tiub fallopio bolehlah dianggap seperti jalan raya utama untuk telur bergerak ke rahim.

Jika tiub tersebut tersumbat atau silia mengalami kerosakan, maka ini akan menggalakkan telur-telur tersebut terlekat dan tertanam pada dinding tiub.

‘‘Tiub fallopio tidak mempunyai ruang yang cukup untuk janin yang membesar. Kandungan luar rahim di kawasan ini tidak dapat menyokong janin untuk bertahan lama.

‘‘Dan akhirnya tiub fallopio itu akan pecah kerana uri janin itu akan menembusi dinding tiub.Ini boleh menyebabkan pendarahan dalaman yang teruk dan membahayakan nyawa ibu.

“Kadangkala, kandungan di penghujung tiub fallopio (bahagian ampula) boleh berakhir dengan keguguran (keguguran tubal),’’ jelas Dr. Chew. sambil menambah, kandungan yang berlaku di ovari dan serviks juga berakhir dengan pendarahan dan kematian janin.

Untuk kandungan luar rahim yang berlaku di ruang abdomen pula, kadang-kadang ia boleh membesar sehingga hampir cukup bulan. Akan tetapi, ia sangat jarang berlaku.

Punca, faktor risiko

Beberapa kajian menunjukkan bahawa kebanyakan kes kehamilan ektopik ini dikaitkan dengan parut yang terjadi hasil daripada jangkitan pada tiub.

‘‘Telur yang disenyawakan mengambil masa kira-kira lima hari untuk bergerak di sepanjang tiub fallopio ke dalam ruang rahim di mana implantasi berlaku.

‘‘Sebarang faktor yang mengganggu atau melambatkan pergerakan telur tersebut di sepanjang tiub fallopio boleh menyebabkan kandungan luar rahim,’’ kata Dr. Chew.

Antara faktor-faktor risikonya termasuklah; Penyakit inflamatori/keradangan pelvik/pinggul (PID) – Sejarah susah hamil – pernah melalui pembedahan di bahagian pelvis/ pinggul terutama sekali pembedahan ke atas tiup fallopio – Pernah berlaku kandungan luar rahim di tiub fallopio. Risiko berlaku semula kandungan luar rahim adalah 10 peratus – Penghamilan/konsepsi/penyuburan bantuan terutama sekali dengan in-vitro fertilization (IVF).

Lain-lain termasuklah; Mengandung dengan alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUD). Alat dalam rahim sebenarnya mengurangkan risiko untuk kehamilan. Lima peratus kehamilan yang berlaku pada wanita yang menggunakan IUD berlaku di luar rahim – Kecacatan semula jadi pada tiub fallopio. Bagaimanapun, ramai wanita yang mengalami kandungan luar rahim tidak ada faktor risiko seperti di atas.

*Tanda-tanda klinikal

Pada mulanya, kehamilan ektopik mungkin kelihatan seperti kehamilan normal sahaja. Tanda dan gejala awalnya juga sama seperti kehamilan lain – tidak datang bulan, payudara terasa sakit apabila disentuh, lemah, loya dan muntah.

Biasanya, sakit perut dan pinggul menjadi petanda awal kehamilan luar rahim. Kandungan luar rahim, akui Dr. Chew, ada kalanya sukar dikesan disebabkan oleh tanda-tanda awalnya yang tidak ketara.

‘‘Biasanya presentasi klinikal berlaku antara lima hingga lapan minggu selepas haid yang terakhir. Tiga tanda yang biasa berlaku adalah sakit perut, lambat datang haid dan pendarahan melalui faraj.

‘‘Hampir 80 hingga 100 peratus pesakit kandungan luar rahim mengeluh kesakitan di perut, biasanya bahagian bawah. Dalam kes pendarahan teruk, seseorang itu boleh turut berasa sakit di bahu disebabkan oleh iritasi/kerengsaan darah ke atas saraf,’’ ujar beliau.

Tambahnya, ramai pesakit lambat datang haid antara dua hingga empat minggu. Akan tetapi, kira-kira 25 peratus kes tidak ada sejarah lambat datang bulan.

Pendarahan melalui faraj biasanya hanyalah sedikit. Tanda-tanda kehamilan seperti rasa mual, muntah dan sakit payudara berlaku pada sebilangan kecil pesakit.

Dalam kes pendarahan yang teruk ke dalam ruang abdomen pula, seseorang pesakit itu akan menunjukkan tanda-tanda seperti pitam, rasa pening dan sejuk, pucat serta tekanan darah rendah.

Pemeriksaan fizikal bergantung kepada sama ada kandungan luar rahim itu telah pecah atau sebaliknya. Sakit di bahagian perut ketika diperiksa merupakan tanda yang paling kerap berlaku.

Pemeriksaan pelvis pula menunjukkan rasa sakit ketika pelvik digerakkan. Saiz rahim biasanya normal atau sedikit membesar.

*Komplikasi, diagnosis

Komplikasi yang selalunya berlaku ialah pecah yang menyebabkan pendarahan dalaman. Keadaan ini boleh membawa kepada renjatan dan mungkin juga membawa maut.

Komplikasi lain ialah kemandulan yang berlaku kepada lebih 50 peratus wanita yang mempunyai sejarah mendapat kehamilan ektopik yang dirawat melalui pembedahan.

Sementara itu, ketepatan untuk diagnosis kandungan luar rahim berdasarkan presentasi klinikal hanyalah sekitar 50 peratus.

‘‘Jadi, intervensi yang berpatutan harus dilakukan berdasarkan indeks suspek yang tinggi. Ini bermakna, kemungkinan kandungan luar rahim mesti dikenal pasti apabila seseorang wanita yang masih subur mengeluh sakit perut dan lambat datang haid.

‘‘Ujian-ujian seperti ujian kencing untuk kehamilan (UPT), ujian darah untuk beta-human chorionic gonadotrophin (b-hCG) iaitu sejenis hormon yang dihasilkan oleh uri dan, pemeriksaan ultrasound telah banyak membantu untuk membuat diagnosis yang tepat,’’ terang Dr. Chew.

Ujian kencing dapat mengesan sama ada seseorang itu mengandung atau sebaliknya manakala pemeriksaan ultrasound terutamanya transvaginal (melalui faraj) dapat menunjukkan kandungan itu di dalam atau di luar rahim.

Untuk kes-kes tertentu di mana pesakit adalah stabil dan hamil kurang daripada enam minggu, ujian darah untuk b-hCG akan dilakukan setiap dua hari. Paras hormon ini bertambah dua kali ganda setiap dua hari untuk kandungan dalam rahim yang sihat.

‘‘Jika ia tidak bertambah atau berada pada paras yang lebih rendah daripada sepatutnya, kemungkinan seseorang itu mengalami kandungan luar rahim adalah tinggi,’’ katanya.

Untuk kes-kes tertentu, laparoskopi diperlukan bagi memastikan diagnosis. Walau bagaimanapun, hampir 3 peratus kandungan luar rahim masih tidak dapat dikesan.

*Rawatan

Dalam kebanyakan kes, rawatan adalah melalui pembedahan. Jika pesakit berada dalam keadaan renjatan, laparotomi mesti dilakukan secepat yang mungkin.

‘‘Keutamaannya adalah untuk memberhentikan pendarahan. Biasanya sebahagian daripada tiub fallopio tersebut akan dibuang (salpingektomi separa).

‘‘Bagi kandungan di tiub yang kecil dan belum pecah, pembedahan salpingostomi boleh dilakukan di mana janin dan uri dapat dikeluarkan tanpa membuang tiub fallopio berkenaan,’’ kata Dr. Chew.

Pembedahan juga boleh dilakukan melalui laparoskopi operative untuk pesakit yang stabil. Pembedahan membuang rahim (histerektomi) mungkin terpaksa dilakukan jika berlaku pendarahan yang tidak dikawal dalam kes kandungan di pangkal rahim.

Rawatan dengan ubat seperti methotrexate boleh diberikan untuk kes-kes tertentu sekiranya kandungan luar rahim kecil dan pesakit itu berada dalam keadaan stabil dan menepati beberapa kriteria ketat.

Kandungan akan datang?

Peluang untuk mengandung semula bergantung kepada keadaan tiub fallopio yang kini tinggal sebelah.

Jika tiub tersebut berada dalam keadaan yang baik, seseorang wanita itu mempunyai 50 peratus peluang untuk mengandung lagi. Pada masa yang sama, kemungkinan berulangnya kandungan luar rahim adalah 10 peratus.

Ini bermakna, seseorang wanita yang pernah mengalami kandungan luar rahim harus berjumpa doktor dari awal kehamilan setiap kali mengandung.

Saranan Dr. Chew: ‘‘Kebanyakan kes kandungan luar rahim tidak dapat dielakkan. Akan tetapi, kandungan di tiub fallopio dapat dicegah sekiranya keadaan yang menyebabkan kerosakan pada tiub fallopio seperti PID dapat dirawat awal.

‘‘Anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor jika hamil dan mengalami tanda-tanda mengandung luar rahim. Diagnosis dan rawatan awal dapat mengelakkan komplikasi teruk.’’

Kredit:  SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

Tuesday, June 3, 2014

Petua banyakkan susu badan

Assalamualaikum...

Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan dimana ibu merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun baby sedang menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum adjust dgn hormon yg dihasilkan. Namun, setelah beberapa bulan, badan ibu sudah adjust sepenuhnya pada hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan baby, kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak menghisap kedua2 belah payudara, maka susu yg terhasil banyak (walaupun tak sebanyak semasa berpantang). 

 

Ada berbagai2 cara untuk menambahkan penghasilan susu badan, antaranya ialah :


1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar :
" Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil"

2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.

3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu

4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untukmenyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.

5.Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah-buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.

6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:

• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.

• Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang hari.

• Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.

• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.

7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.

8. Petua masyarakat kita:

* Cekur Manis

Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. -Portal herba melur.com

* Kacang Tanah

Kacang tanah mengandungi protein yang tinggi, zat besi,vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protein dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badanibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini

* Air Longan

Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedaiubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina,longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)

* Halba dan Jintan Hitam

Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dankaedah yang sama seperti halba

* Bunga Melur

Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.

Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula,gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya dan ditampal pada payudara. Lobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sup lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik.

* Lobak Putih

Tidak perlu dimasak dan boleh dimakan begitu saja (mcm mknulam!) lobak putih dibuang kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisan bawang besar beserta kicap. atau tambah hirisan bawang beserta garam.

* Pucuk Betik  

Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.

* Tuaman Daun Sirih

Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari sehingga susu badan anda banyak

* Jantung Pisang

Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan. Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api.

* Makanan Tinggi CLA

Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugatedlinoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalam susunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaan kesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan dan pengurangan risiko sakit jantung.

Dalam kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu perahan ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapati mempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makanbiskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28jam ibu-ibu memakan biskut khas ini.

Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapat dalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput - bukan bijirin). Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakan supplement komersial.

* Kurma

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu


Antara makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu

1. Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.

2. Jambu batu – makan begitu sahaja.

3. Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – gorengatau sup.

4. Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air ataugoreng.

5. Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan sebelum dimasak.

6. Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan padaroti atau cicah pada lempeng susu beroat

7. Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi

8. Barli – air atau bubur barli.

9. Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.

10. Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.

11. Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.

12. Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe

13. Air horlicks

14. Susu, produk tenusu dan pil kalsium (ibu menyusu akan menyalurkan kalsiumnya pd anak yang disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurangkalsium. - Kalau taknak tulang reput cepat n gigi goyang berderai cepat, mknlah kalsium ya!)

15. Teh hijau jepun

16. Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.

17. Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu.

18. Kacang merah : rebus kacang merah tanpa gula. Minum air dan kacangnye sekali.

19. Ubat homeopati.


Makanan

- Lobak putih; boleh dimasak buat sup atau jus

- Bayam

- Broccoli; sumber kalsium yang baik.

- Sawi

- Cekur Manis - dimasak rebus/lemak manis. Atau dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.

- Pegaga, daun pucuk betik, jantung pisang; dimakan sebagaiulam, rebus atau urap. Urap tu campuran kelapa, daun, bawang merah, bawangputih, ikan bilis/ udang kering.

- Kacang Hijau; bubur kacang hijau

- Kacang Tanah; kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing

- Daun Kucai; daun kucai dan ikan bilis secukupnya danrebus, makanlah bersama-sama nasi.

- Petola, daun turi; masak lemak manis

- Kacang Buncis

- Kacang Dal; makan dengan roti canai

- Pucuk betik

- Roti; segala jenis roti especially roti planta

- Kurma; makan begitu sahaja atau buat jus

- Madu; sebagai pemanis dalam minuman

- Kismis; 7 biji setiap pagi, tengahari dan malam

- Ikan Tenggiri

- Sengkuang Cina

- Biskut bijirin 

- Buah Laici, Longan, Mata Kucing, Rambutan - bukan yangdalam tin / di proses

- Halba - masak dengan nasi (nasi dagang)

Minuman

- Air masak; minum lebih 3 liter sehari

- Susu; Susu Anmum Breastfeeding yang paling sesuai.

- Longan Kering; Samada dibuat jus atau dimakan begitu sahaja / direbus

- Halba; rendam dan minum airnya. Boleh juga telan sesudukecil dengan air suam

- Oat; boleh ditambah dalam minuman/makanan

- Amalkan minum milo/nestum/ horlicks

- Amalkan meminum air rebusan buah pala/jus pegaga/spirulina

- Soya

- Kurma; makan begitu sahaja atau buat jus

- Air Kelapa

- Air Sengkuang Cina; boleh beli yangg dalm tin jenamaseason F&N atau buat sendiri, kisar buah sengkuang rebus dengan sedikit gula

- Daun betik;rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari

- Lobak putih;parut lobak putih dan kisar hingga halus.Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari. Atau campurkan lobak putih dan lobak kuning, dikisar dan ambil patinya, bancuh dengan susu minum.

- Milkmaid tea

- Melilea Organic Soya Drink

- Autumnz Organic Nursing Tea

- Joy Angel Nursing Tea

Makanan Tambahan

- Pil Kalsium
 
- Obimim
 
- Omega 3
 
- Vitamin C
 
- Jamu yang membanyakkan air susu contoh PIL ASI, jamu nonaroguy (phytonatal)
 
- Alfalfa (Shaklee)
 
- Habatussauda
 
- Organic Spirulina
 
- Melilea Greenfield Organic
 
- ML; Goat's Rue Vegetarian Capsules
 
- ML; More Milk Plus Vegetarian Capsules
 
- ML; More Milk Special Blend Alcohol-free tincture (2oz)
Zikir dan Doa

  • Berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh.Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.
  • Baca doa untuk ibu-ibu- "Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."
  • Baca Selawat dan bismillah sebelum menyusu dan mengepam.
  • Baca surah Al Baqarah ayat 60; letakkan tangan pada payudara, usap, dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita & supaya kita mampu keluarkan susu yang cukup pada anak kita hingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun...InsyaAllah
  • Maksud ayat : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supayadiberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belasmata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahuitempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah danminumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencanakerosakan di muka bumi".

Lain-lain Amalan
  • Selalu bersihkan puting untuk memudahkan liang-liang susu keluar dgn laju
  • Kerapkan pengepaman setiap 2-3 jam sekali masa didalam pantang, insyallah susu akan berlebihan nanti.
  • Kerapkan pengepaman waktu malam, kerana waktu malamlah yang merangsangkan hormon payudara untuk membanyakkan air susu.
  • Wajib mengurut badan satu bulan sekali. Boleh betulkan perjalanan urat-urat payudara.
  • Pam susu sambil lihat muka anak atau gambar anak ditelifon bimbit atau bayangkan wajah comel anak yang menjadi segala-galanya dalam hidup.
  • Sentiasalah berdoa pd Allah, semoga diberi ketenangan dan dibanyakkan air susu. Usaha dan tawakkal adalah sebaiknya. Elok diamalkan selepas solat, sebelum mulakan sesi mengepam, semasa mengepam dan selepas pam.
  • Rehatlah secukupnya. Jauhi stres kerana stres akan menyebabkan hormon oksitosin terencat, sekaligus merencat pemancutan susu ibu.Bawa bayi tidur bersama anda setiap masa anda dengan bayi (hari cuti).
  • Susuilah bayi dengan kedua-dua belah payudara sehingga bayi sendiri yang melepaskan puting setelah dia tertidur kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.
  • Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi

Wajib ditinggalkan!!!

  • Minuman Ais
  • Minuman bergas

Bertenang sama ada semasa menyusu bayi atau sesi mengepam. Sedikit tekanan pun boleh kurangkan pengeluaran susu.

"REZEKI SEMUANYA DATANG DARI ALLAH SWT"