Wednesday, May 7, 2014

Tips-tips untuk maintain pengeluaran susu semasa berpuasa..


Tips-tips untuk maintain pengeluaran susu semasa berpuasa..

Dah x beberapa hari lagi kita nak berpuasa. Bagi ibu yang pertama kali nak menyusukan anak bulan Ramadhan macam ilah nie mesti dah tercari-cari cara untuk maintainkan pengeluaran susu ibu seperti biasa kan??? Jom kita sama-sama kongsi info2 yang ilah kumpul dari Mr Google kita nie...Nanti ada masa ilah akan update lagi maklumat2 ok...Doa agar Allah permudahkan niat Ilah nak menyusukan Nur Ain Alisha sampai 2 tahun...Insha Allah...

NUR AIN ALISHA

1. Membuat/ menyimpan stok susu/EBM

 

Buat persediaan awal beberapa bulan sebelum ramadhan tiba dgn membuat/menyimpan stok susu/EBM sebanyak yg boleh. Kiranya bagi yang belum start tue dah kena mulakan dari sekarang ni. Bg ibu yg bekerja sememangnya sudah membuat stok EBM untuk anak mungkin x dak masalah. Tapi bagi surirumah, boleh mengepam disebelah malam untuk keperluan baby esok hari sekiranya risau susu tidak cukup untuk baby apabila bf ketika berpuasa di siang hari.


STOK SUSU NUR AIN ALISHA


2.Disiplin makan 3x sehari

Ibu yg bf memerlukan tambahan kalori kira2 700 kalori sehari, 500 kal diambil dr makanan ibu & 200 kal diambil dr lemak dlm tubuh ibu (sbb itu ibu bf bantu turunkan berat badan). Jadi, kena pastikan tetap makan 3 kali sehari w/pun bulan puasa iaitu sahur, berbuka & sebelum masuk tidur. Makan sikit2 tapi kerap, selagi buka mata tu mengunyah je la x henti2 hahaha.

 

3.Wajib makan kurma 3 biji setiap kali sahur

 

BUAH KURMA

Kurma mengandungi glukosa yg mampu berikan tenaga segera kepada badan. Ia kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A & C serta zat mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potassium. Kandungan protein di dalam sebiji kurma adalah kira-kira 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala kandungan gulanya adalah 50 hingga 57%. Aku wajib ambil 3 biji kurma setiap kali sahur. W/pun aku mmg agak liat nak mkn kurma sbb ia sgt manis, tp aku paksa gak diri telan kurma ni...huhuhu. Lgpun makan kurma kan sunat, dpt pahala & amat sesuai untuk ibu menyusu sbb ibu menyusu perlukan extra kalori!
 

4. Pengambilan pemakanan seimbang & Supplement 

 

50% karbohidrat, 30% protein, 10-20% lemak. cth ambil nasi/mee masa sahur & berbuka, roti/biskut/kuih muih sebelum tidur. Jangan lupa ambil multivitamin khas tuk ibu menyusu seperti Vitalea, Ostematrix, B Complex, Vita C & ESP. B Complex sangat bagus untuk memberi tenaga untuk tubuh badan kite, otak lebih fokus & emosi lebih stabil. Ostematrix penting menggantikan kalsium dlm badan ibu yg digunakan untuk penghasilan susu. Ia juga elok diambil semasa period. Kalau period mmg susu akan merudum, sbbnye kekurangan kalsium dlm darah apabila darah kotor disingkirkan dr tubuh badan. Ilah ambil Vitalea sbb da lengkap 1 pil ngan bermcm2 vitamin & mineral tuk badan kite& Ostematrix sebagai supplement harian. Tidak lupa juga pil alfalfa & ESP yang bantu percepatkan penghasilan susu & memekatkan susu ~ pesakit SLE x bole makan alfalfa - semestinya ESP & Alfafa dari Shaklee( leh dapatkan dari Ilah yer)

SET PENYUSUAN SHAKLEE

5. Banyakkan pengambilan cecair 

2 liter air sehari sgt perlu. Jadi banyakkan minum air masak bermula waktu berbuka sehingga sahur & menjelang imsak. Letak botol air masak tepi katil, senang nak minum bila2 suka walaupunpun time tidoq. Tambahkan dgn minuman lain seperti jus buah2an, minuman panas lain seperti horlick, milo, cereal & susu. Minum susu boleh mengurangkan anemia bg ibu menyusu/hamil serta memberi tenaga kpd ibu ketika berpuasa. Elakkan minum berais/ sejuk terutama waktu sahur/berbuka, sebab air sejuk bole membuatkan kita cepat rasa dahaga. Ambil minuman panas sebab ia turut membantu melancarkan pengeluaran susu.

6. Tenang, rileks & percaya pd diri 

 

Yakin boleh meneruskan penyusuan, jgn risau susu berkurangan @ x cukup untuk anak, sebab rasa risau itu akan menghalang kerja hormon Oksitosin mengeluarkan susu, seolah2 susu ibu yang kurang. Fikiran yg tenang, badan yg relaks melancarkan pengeluaran susu.


7. Elakkan melakukan aktiviti berat & lasak 

 

Apa2 saja aktiviti yg buat ibu cepat penat ~ kut kalau nak jogging ke, wall climbing ke tunggu ler lepas raya nanti.
 

8. Kerap serta rajin menyusui & memerah

 

BEG PAM SUSU ILAH DI OFFICE

Prinsip utama, makin kerap baby menyusu, makin byk susu terhasil. Jika kita kerap bf anak, susu ibu tetap ada untuk anak. Begitu juga bagi ibu yg bekerja. Mengepam semasa bekerja dilakukan seperti biasa walaupun berpuasa. Rujuk balik prinsip DEMAND AND SUPPLY. Maknanya, semakin byk susu dikeluar/ semakin kerap breast dikosongkan maka semakin byk susu ibu yg akan dihasilkan. Jadi, jika ibu stop pumping semasa bulan puasa atau kurang menyusukan anak atas sebbb bimbang takut letih & kekeringan susu, maka susu ibu akan berkurangan sikit demi sikit. Kurangnye pengeluaran susu bukanlah disebabkan ibu berpuasa tapi sebab kurang stimulation samada direct bf atau pumping.

Berpuasa tetap wajib bg ibu mengandung dan menyusukan anak, tapi kelonggaran diberi untuk tidak berpuasa berdasarkan keadaan ibu & baby, dan menggantikannya dgn berpuasa di lain waktu atau membayar fidyah atau memberi makan fakir miskin

Yakin pd diri, puasa atau tidak, ibu telah memberikan yg terbaik buat si anak. Ketahuilah ketika anak menyusu, si anak juga belajar mengembangkan naluri, merasakan kasih sayang & ikatan batin dgn si ibu, di mana ia adalah hak eksklusif yg x dpt dicari ganti!

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Nor Azilah binti Abu Osman
♥ sms/whatsApp: 012-4967714
♥ Emel : 
azilahkemaspp@gmail.com 
♥ Fb: www.facebook.com/InshaAllahSIHAT sila klik LIKE utk info terkini
* kredit NurulDhia


No comments: