1. Cukup rehat
Berasa
letih ketika berpuasa itu lumrah, apatah lagi jika si ibu baru saja
menyusu. Cuba untuk beristirahat sejenak, dengan tidur atau sekadar
relaks menenangkan fikiran. Ibu menyusu perlu tahu, semakin kerap
payudara dihisap oleh bayi, maka penghasilan susu akan semakin banyak.
Jadi, bila ibu rajin menyusu semasa berpuasa, penghasilan susu ibu akan
tetap lancar.
2. Pengambilan air
Jika
mampu, minum air masak 2 liter sehari, ditambah dengan jenis cairan
lain seperti jus buah, teh manis suam dan susu. Minum segelas susu
setiap sahur boleh mengurangkan ancaman anemia bagi ibu hamil dan
menyusu. Anemia adalah berkurangnya kadar hemoglobin (Hb) dalam darah.
Berbuka puasa dengan minum minuman suam adalah elok untuk ibu menyusu.
3. Makan makanan seimbang
Ibu
yang sedang menyusu memerlukan tambahan sekitar 700 kalori sehari, 500
kalori diambil dari makanan ibu dan 200 kalori diambil dari cadangan
lemak dalam tubuh ibu. Oleh itu, penting bagi ibu menyusu yang sedang
berpuasa untuk tetap dengan pola makan 3x sehari dengan menu gizi
seimbang (dengan komposisi 50% karbohidrat, 30% protein dan 10-20%
lemak).
4. Mengepam pada waktu malam
Tiada masa atau terlalu sibuk untuk mengepam pada waktu siang? Lakukan lebih aktiviti mengepam pada waktu malam.
5. Nikmati bulan Ramadhan
Susu
berkurang? Jangan risau, teruskan mengepam (demand and supply). Sentisa
fikir positif dan jangan stress. Stress boleh kurangkan penghasilan
susu ibu.
6. Teruskan sesi mengepam
Susu
ibu hanya wujud dengan adanya permintaan (demand and supply). Teruskan
aktiviti mengepam atau direct feed supaya supply sentiasa mencukupi.
7. Elakkan Minuman Bikarbonat dan Minuman Berkafein
Anda
sememangnya digalakkan untuk minum banyak air ketika berpuasa tetapi
hindari pengambilan minuman yang mengandungi banyak gula seperti air
bikarbonat. Sama juga halnya dengan minuman berkafein. Ketahuilah bahawa
kandungan gula dan kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika
diambil berlebihan.
8. Amalkan Madu
Anda
sangat digalakkan untuk memakan madu setiap hari sepanjang berpuasa
kerana ia merupakan sumber tenaga semula jadi. Selain daripada menambah
stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.
9. Banyakkan Buah Dan Sayur
Makanlah
buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat yang bukan
sahaja baik untuk tahap kesihatan anda malah bagus untuk bayi juga.
10. Makan Kurma Ketika Berbuka
Berbukalah
dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga biji.
Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa
sepanjang hari.
11. Jangan Abai Sahur
Jangan
meninggalkan waktu bersahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein
dan apa sahaja makanan berbentuk sup. Kurangkan pengambilan makanan
bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan
yang diambil.
12. Minum Air Mencukupi
Anda
perlu minum air yang mencukupi ketika sahur dan berbuka bagi
mengelakkan dehidrasi yang bakal menjejaskan penghasilan susu. Minum
sedikit tapi kerap.
DOA TAMBAH SUSU IBU |
Kredit : Kumpulan Ibu-Ibu Menyusu Muslim
No comments:
Post a Comment