Tuesday, June 3, 2014

Langkah menyusu eksklusif untuk ibu bekerjaya

Assalamualaikum...

Mungkin ada antara ibu-ibu yang pertama kali melalui pengalaman menyusukan bayi secara eksklusif dan kini mula bekerja setelah bercuti bersalin. Jadi ibu-ibu perlu mempunyai ilmu bagaimana tips danteknik yang penting bagi perahan susu, penyimpanan dan persediaan bagi menjamin keselesaan. 

"Pelaksanaan yang Baik bermula dengan Ilmu"

1) MEMERAH SUSU

Memerah dengan tangan
  • Urut payudara perlahan-lahan, usap ke arah bawah menghala ke areola.
  • Bermula di pertengahan payudara, gerakkan ibu jari perlahan-lahan.
  • Apabila menghampiri pinggir areola, tekan ke dalam dan ke atas; susu akan memancut keluar daripada puting.
  • Ulangi gerakan ini sehingga payudara menjadi kosong, kemudian beralih ke payudara sebelah.
Menggunakan pengepam
Mengepam susu sepatutnya tidakmenyakitkan anda. Tetapi jika ia menyakitkan anda, cuba ubah suai sedutan pada pam. Jika ini tidak berkesan, hubungi doktor atau konsultan laktasi. Letakkan corong ke dalam areola untuk membentuk pengadang kedap udara. Tarik bahagian luar corong; sedutan akan mengepam susu keluar daripada payudara.

2) MENYIMPAN PERAHAN SUSU
  • Simpan susu di dalam jumlah yang diambil oleh ibu pada setiap kali penyusuan.
  • Label setiap bekas dengan tarikh, masa dan jumlah perahan.
  • Jika susu dibekukan, tinggalkan sedikit ruang di dalam bekas untuk susu mengembang.
  • Jangan mencampurkan susu yang baru diperah ke dalam perahan susu yang telah disimpan.
  • Sentiasa simpan susu di bahagian yang paling sejuk di dalam peti sejuk atau di dalam bahagian dingin beku (bukan di bahagian pintu).
  • Jangan bekukan kembali susu yang telah dilarutkan.

3) TEMPOH SIMPANAN SUSU IBU
  • Suhu bilik sehingga 8 jam
  • Peti sejuk 24 – 48 jam 
  • Dingin beku (peti sejuk dua pintu) 3 bulan 
  • Peti sejuk beku lampau (-20°) 1 tahun

4) MENYEDIAKAN PERAHAN SUSU IBU KEPADA BAYI
  • Sentiasa gunakan susu yang paling awal disimpan.
  • Letakkan bekas perahan susu ke dalam mangkuk berisi air suam untuk memanaskan susu; jangan memasak perahan susu ibu dan jangan panaskan susu di dalam ketuhar gelombang mikro.
  • Lemak akan terpisah menjadi dua lapisan. Goncangkan bekas untuk menggabungkan lemak susu dengan cecair lain di dalam susu.
  • Rasa suhu susu dengan menitiskan beberapa titik susu di bahagian dalam pergelangan tangan. Ia sepatutnya suam suam kuku.

5) SEDIAKAN BAYI

Sekarang tibalah masanya untukmembiasakan bayi mengambil perahan susu serta orang yang akan menjaga bayisementara anda pergi bekerja. Yang baiknya, anda boleh melakukan kedua-duanyapada waktu yang sama.

Perahan Susu

Mulakan dengan menggantikan satu sesi penyusuan dengan perahan susu. Secara teratur,anda boleh tingkatkan penggantian sesi penyusuan sehingga 3 ke 4 kali sehari.Ia boleh dilakukan sepanjang hari sehingga tengahari. Anda boleh menyusukan bayi anda setelah pulang selepas kerja pada waktu petang.

Penjaga Bayi
 

Latih penjaga bayi anda untuk menyusukan bayi dengan perahan susu dengan menggunakanbotol, sudu kecil atau cawan kecil. Adalah lebih baik jika bukan anda yangmemberi bayi perahan susu kerana bayi boleh menghidu perbezaannya dan mungkintidak mahu menyusu dari payudara. Ambil sedikit masa untuk memastikan penjagaanda memahami perkara-perkara seperti di bawah:
  • Bagaimana cara menyimpan perahan susu.
  • Bagaimana cara menyediakan susu untuk bayi.
  • Jangan beri bayi minum air suam, susu formula atau makanan lain selain daripada perahan susu.
  • Nombor telefon (anda dan suami) untuk dihubungi pada waktu kecemasan.

Buat Panggilan
  • Terlebih dahulu, maklumkan majikan anda yang anda perlu memerah susu pada waktu pejabat.
  • Jika boleh, minta sebuah bilik khas untuk memudahkan anda memerah susu badan.
  • Semak sama ada terdapat peti sejuk untuk menyimpan susu yang diperah (jika tidak, bawa kotak menyimpan air batu).

6)KEMBALI KE TEMPAT KERJA

Tempah ruang simpanan 
Letakkan susu yang diperah ke dalam bekas dan label nama anda dengan jelas.
Terus pulang ke rumah selepas kerja dan simpan susu ke dalam peti sejuk. 
 Elakkan daripada pergi membeli belah dan membiarkan susu yang diperah berada di dalam kereta.

Memerah susu
  • Perah susu sekerap yang boleh, setiap 3 hingga 4 jam untuk mengekalkan bekalan susu.
  • Cuba sesuaikan masa ini dengan waktu makan tengahari atau minum petang supaya ia tidak mengganggu kerja anda.
  • Untuk rasa tenteram sebelum memerah susu: 
  • Tarik beberapa kali nafas dalam jika anda menjadi cemas.
  • Bayangkan wajah bayi dan ingatkan diri sendiri tentang kenikmatan menjadi seorang ibu.
  • Jika boleh, dengar melodi yang memberi ketenangan sebelum dan sewaktu memerah susu.

No comments: