Wednesday, May 7, 2014

Petua-Petua Menambahkan ASI (Air susu ibu)

Ilah tgk petua2 dan tip2 nie daripada website2, majalah2 dan buku2, tak lupa juga sumber drpd cakap2 orang yang boleh diguna pakai untuk menambahkan ASI. Tak semua petua2 ni serasi ngan Ilah. Ada yang menjadi dan ada yang x menjadi. Ia depend pada badan kita gak. Just try n error. Mana yang serasi amalkan la. Insyallah, ia membantu meningkatkan pengeluaran ASI.


Pemakanan
Lobak Putih - Rasanye agak pelik. Ada yang buat sup dan jus. Mana yang boleh terima tekaklah. masak sup, + telur + soohoon pun boleh, lagi sedap

Sawi - Masak goreng tumis atau rebus.

Pegaga, daun pucuk betik, jantung pisang - dimakan sebagai ulam, rebus atau urap. Urap tu campuran kelapa, daun, bawang merah, bawang putih, ikan bilis/ udang kering.
Daun Pegaga


Cekur Manis - masak rebus/ lemak manis.atau dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.

Add caption


Kacang Hijau - bubur kacang hijau.campur beras merah &  bagus juga utk pekatkan susu

Kacang Tanah - kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing

Daun Kucai - daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus.makanlah bersama-sama nasi

Petola, bayam, daun turi - masak lemak manis

Ikan - segala jenis ikan - pernah makan ikan masak asam, wah bengkak giler breast pas mkn tu.

Kacang buncis

Kentang

Daging

Sayur Petola

Ulaman

Roti (segala jenis roti especially roti planta)

Cheese

Buah Kurma

Kobis - masak air

Buah Laici, Longan, Mata Kucing, Rambutan - bukan yang dalam tin/ di proses, yg ory tau

Buah Laici



Sayur bendi - Buat ulam cicah sambal atau masak


Biskut bijirin - ape2 saje biskut yg ade cereal, cth dr brand IKO, Jacob etc.


Add caption



Minuman



Minum susu - Susu Anmum Breastfeeding yang paling sesuai.


Air masak - Jangan lupa minum air masak banyak-banyak. Kajian menunjukkan minum air masak sebelum breastfeed baby, InsyaAllah banyak air susunya.


Longan Kering - Samada dibuat jus atau dimakan begitu sahaja. Direbus dulu dengan gula batu/ gula kabung/ gula merah, kemudian diminum airnya.


Halba - rendam dan minum airnya (campur dlm fresh milk, minum waktu pagi). Boleh  juga telan sesudu kecil ngan air suam kalu tak lalu nak minum airnye. Boleh juga ditambah dlm apa2 masakan cth kari.


Oat - minum dengan air suam + susu tin/Anmum, buat lempeng/cekodok.


Amalkan minum milo/nestum/horlicks


Amalkan meminum air rebusan buah pala/jus pegaga/spirulina


Soya - minum secawan sehari.

Kurma - makan begitu sahaja atau buat jus/ ice blended

Madu - sebagai pemanis dalam minuman atau dessert.


NESVITA (campur oat)



Rebusan bunga kobis(x berani nk try takut angin...hihihi)


air kelapa (Yg ni lepas anak setahun baru bleh try)


Jus pegaga


Air sengkuang cina


Spirulina


Daun betik -rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari


Lobak putih -parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari. Atau campurkan lobak putih+lobak kuning, dikisar dan ambil patinya, bancuh dengan susu minum



Air Sengkuang Cina - Boleh beli yg dalm tin brand season F&N or buat sendiri, kisar buah sengkuang rebus ngan gula sedikit.




Petua2 lain



1)Sikat puting setiap hari, baca selawat pastu sikat dari atas keputing....kanan dan juga kiri
2) Cuci dengan berus gigi puting2 tuuu takut tersumbat liang2 puting susu
3) kalau sblm mengepam tuuuu, ambik kedua belah tangan urut dari atas terus lurutkan kebawah...(bc selawat dulu)...insyaallah itu salah satu urutan 

Cara lain
1) baca surah al baqarah ayat 60. sambil baca letakkan tangan pada breast tu. (satu lagi surah surah al-Hujurat kalau tak salah)
2) Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari.
3) Bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi
4) Pucuk betik - Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari
5) Kobis bulat - Ambil 2 kelopak daunnya dan tekap ke breast. Atau lenyek2 pastu tampal kat breast. Bole kurangkan bengkak susu masa dlm pantang.

Psikologi
1) Selalulah berfikiran positif untuk menyusukan anak. Kalau rasa susu semakin kurang tetapi anak baru saja berumur beberapa minggu, jangan cepat panik. Susukan seperti biasa. Banyakkan solat dan doa mudah-mudahan susu kembali normal.
2) Ketika di tempat kerja dan ketika mengepam susu, bayangkan wajah anak. Dipercayai ia dapat merangsang pengeluaran susu jika kita teringat kepada anak.
3) Semakin kerap menyusukan anak, semakin banyak susu. Kosongkan payudara anda bermakna menghantar isyarat bahawa susu perlu dihasilkan lagi.
4) Demand n Supply- kerapkan susuan, kalau ada masa, baby tidur, perahkan susu, tak kisahlah walau dapat 0.5oz pun, kerana by theory, more demand, more supply


Masa pengepaman
1)cuba pam sekerap mungkin, lagi byk kita pam...lagi byk pengeluaran susu cthnya 3jam sekali
2)mlm bagi baby isap kerap ....sebab bila mlm kalau kita bg baby isap boleh membaykkan pengeluaran susu juga
3) bila pam, pam sampai susu tak keluar.....nanti breast kita akan produce susu baru....istilah yg kita selalu guna mcm kita 'buang sampah...sampah dah penuh, kita buang dlm tong sampah...pastu kita ganti dgn plastik sampah baru' gitu jugak mcm air susu kita...bila kita dah habis pam, die akan mengeluarkan susu baru
4) sblm pam minum air suam dulu....lepas pam pon minum jugak.
5) jgn minum air sejuk/ais nanti susu cepat keringjgn minum teh/nescafe taou.....mkn supplement jgn tinggal Ubat

Beberapa cara mengepam yang berkesan:
a) Jenis pam yang digunakan memainkan peranan yang besar dalam penghasilan susu. Pam yang terbaik adalah double pumping iaitu ada dua corong untuk pam kedua-dua payudara dalam masa yang sama.
b) Di antara pam elektrik dan manual, aku lebih suka elektrik kerana ia lebih efektif dan setengahnya berstimulasi seperti bayi menghisap. Pam kesayanganku Spectra3.
c) Pam ketika menyusukan anak dapat membantu penghasilan susu yang lebih banyak. Ketika baby menyusu, pasti payudara sebelah lagi menitik-nitik.Jangan bazirkannya, pam la sambil menyusukan anak.

Tip memperbanyakkan susu:

Kerapkan pengepaman setiap 2-3 jam sekali masa didalam pantang, insyallah susu akan melimpah ruah. Dan kerapkan pengepaman waktu malam, kerana waktu malamlah yang merangsangkan hormon tetek untuk membanyakkan air susu. Selain itu, beri rangsangan pada nipple dengan menggentel2 nipple.

WAJIB DI TINGGALKAN ----> Minuman Ber "Ais/ Air Bergas"


Tawakal kepada Allah dan berharap susu keluar dan cukup untuk ANAK..

* kredit Nurul Dhia

No comments: