Set Resdung Shaklee Untuk Rawatan Penyakit Resdung
Penyakit Resdung adalah antara penyakit yang sering menjadi
masalah kepada ramai orang di Malaysia.Pelbagai rawatan telah dicuba
untuk atasi masalah penyakit resdung ini. Set Resdung Shaklee disyorkan
bagi membantu mengatasi masalah yang menghantui anda selama ini. Dalam
istilah perubatan, penyakit resdung dikenali dengan nama sinusitis.
Masyarakat lazimnya menganggap penyakit ini adalah penyakit yang tidak
berbahaya walaupun hakikatnya jika dibiarkan menjadi kronik ia boleh
menyebabkan komplikasi kepada otak dan membawa maut!
Punca Penyakit Resdung
Pada
kebiasaannya, para pesakit resdung akan mengalami situasi seperti bersin
dengan kerap, dengkuran luarbiasa, batuk, gatal hidung, cepat letih,
muka terasa sakit dan pening kepala waktu pagi. Bagi pesakit resdung
yang kronik, resdung berisiko menyebabkan punca telinga menjadi pekak.
Sebelum bercerita lebih lanjut tentang Set Resdung Shaklee, terlebih
dahulu kita perlu tahu apa punca sebenarnya yang menjadi penyebab
berlakunya penyakit resdung ini.
Pakar Hidung, Telinga dan Tekak Hospital Pakar Perdana, Dr. Mohamad
Hamzah menyatakan resdung adalah sejenis penyakit hidung yang berpunca
daripada radang pada membran. Sinus pula merujuk kepada rongga dalam
tulang muka yang dipenuhi mukosa. Rongga sinus yang tersumbat berisiko
menyebabkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak di
dalamnya serta menghasilkan nanah. Sebagai tambahan, resdung juga boleh
berpunca disebabkan oleh rerambut halus silia dalam rongga sinus yang
gagal menyempurnakan tugas untuk melancarkan aliran mukus.
Antara komplikasi penyakit resdung:
- Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
- Jangkitan otak (meningitis)
- Sakit tekak yang kronik
- Jangkitan tulang muka
- Memburukkan keadaan lelah
- Berdengkur yang kronik
- Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
- Alahan hidung atau hidung sensitif
- Selsema biasa yang melarat.
SET RESDUNG SHAKLEE |
Alfalfa Complex
- Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis).
- Ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis).
- Namun begitu, mereka menghidap penyakit SLE tak digalakkan mengambil alfalfa sebagai suplemen.
B Complex
- Kandungan B6 dalam B Complex berperanan penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan.
- Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka.
- Membantu dalam membina protein dalam tubuh.
Vitamin C
- Ia berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit.
- Mempercepat proses penyembukan tisu tubuh.
- Vitamin C memastikan proses pemuliharan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Nor Azilah Abu
Osman
♥ Fb: www.facebook.com/InshaAllahSIHAT sila klik LIKE utk info
terkini
No comments:
Post a Comment