Showing posts with label Vitalea. Show all posts
Showing posts with label Vitalea. Show all posts

Monday, May 5, 2014

Set Bersalin Terbaik - Set Berpantang Moden Shaklee




Set Bersalin Shaklee boleh diambil hari pertama ibu-ibu bersalin. Ianya selamat diambil walaupun bayi mengalami jaundice atau G6PD berbanding Jamu biasa.


Saya percaya ibu-ibu yang sedang hamil pasti sibuk mencari set bersalin yang sesuai . Soalan yang bermain di fikiran anda semestinya…set bersalin mana yang terbaik? set berpantang mana yang sesuai? Set mana yang sesuai jika baby jaundis?

Seharusnya, anda perlu mencari set yang mudah diamal, harga mampu milik dan selamat untuk bayi menyusu. Set bersalin yang selamat untuk menyusukan bayi adalah yang berasaskan ramuan tradisional dan semulajadi seperti herba, jamu dan set bersalin yang terdiri daripada pil-pil.

Secara ringkasnya, fungsi set berpantang adalah untuk:
  1. Memulihkan organ peranakan supaya kembali subur dan memulihkan kesihatan rahim selepas bersalin.   
  2. Memulihkan luka luaran dan dalaman selepas bersalin.
  3. Mengembalikan kecantikan tubuh badan seperti sebelum bersalin 
  4. Supaya dapat mengelakkan stres dan meroyan 

Akan tetapi, tidak semua yang serasi dengan set bersalin tradisional (jamu). 
Mungkin ada juga di antara anda yang tidak sempat untuk menghabiskan set pantang tradisional sejak melahirkan anak pertama disebabkan cara pengambilannya yang remeh ataupun produk yang diambil dirasakan tidak bersesuaian.


Lebih-lebih lagi untuk ibu yang bayinya mengalami jaundis tidak boleh mengambil jamu kerana dikhuatiri isi kandungan tertentu yang akan melambatkan lagi hilangnya jaundis pada bayi tersebut.
  
Mujur sekarang sudah ada produk yang mudah dan berkesan iaitu set bersalin dan  berpantang moden Shaklee. Ianya paling sesuai untuk ibu-ibu yang mementingkan kesihatan dalaman, berpantang sendiri serta menyusukan anak.  

Set berpantang Shaklee terdiri daripada 4 jenis produk vitamin dan mineral:

Membekalkan 23 jenis vitamin 
Meningkatkan kecerdasan mental & ketahanan dari jangkitan
Menolong memulihkan fungsi penghadaman dan selera makan
Penting untuk pertumbuhan sel dan pembiakan

Mengurangkan simptom kemurungan dan tekanan

- VITA C
Menolong mengurangkan simptom alahan
Anti Oksidan semulajadi
Menjaga kesihatan gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah
Mengurangkan keguguran rambut
Meningkatkan sistem imun, menolong penyembuhan dan masalah jeragat
Menyembuh daya seksual dan pertumbuhan organ.

Oleh itu, dapat membantu anda terutama ibu-ibu yang baru ber secukupnya, malah air yang mencukupi untuk memastikan sistem tubuh berfungsi secara optimum. 
 
Set Bersalin Shaklee dapat membantu ibu tenang menghadapi rutin harian, dan menyediakan vitamin dan mineral asas, mempercepatkan penyembuhan luka luaran dan dalaman badan dengan berkesan (terutamanya yang melahirkan secara caesarean) dan pastinya tidak memudaratkan bayi yang disusukan.

Dapatkan hari ini untuk bekalan sepanjang berpantang!
Set bersalin Shaklee pastinya set berpantang yang paling digemari  set bersalin terbaik untuk isteri anda.


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:


Nor Azilah Abu Osman
♥ sms/whatsApp: 012-4967714
♥ Fb: www.facebook.com/InshaAllahSIHAT sila klik LIKE utk info terkini

Tuesday, March 11, 2014

Cadangan Vitamin Kesuburan Shaklee




Anak adalah anugerah ALLAH. Cahaya mata adalah harta paling beharga di dunia ini. Kehadirannya menjadi pengikat kasih sayang suami isteri. Namun tidak semua pasangan suami isteri begitu mudah mendapat zuriat. Ada yang cepat dan ada yang bertahun menanti barulah dikurniakan cahaya mata. Macam ilah sendiri selepas 6 tahun Alhamdulillah barulah dikurniakan seorang lagi anak..
Orang senang bercakap rezeki masing-masing. Tapi berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Pujian harus diberikan kepada mereka yg tidak kenal erti berputus asa. Usaha dan berdoa kepada Allah mesti berterusan!

Faktor Sukar Mendapat Cahayamata

·      Kitaran haid tidak menentu sama ada 2 kitaran haid dalam sebulan atau 1 kitaran haid dalam masa 2@3 bulan.

·        Wanita yang darah haidnya terlalu banyak dan lama beserta dengan senggugut.

·        Berat badan berlebihan antara punca tidak subur



Punca Wanita Tidak Subur. 

·         Kegagalan berovulasi atau kegagalan menghasilkan telur (ovum). Ini berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon.
·         Terdapat halangan dari ovum yang dihasilkan di ovari untuk bergerak ke uterus. Ini biasanya disebabkan oleh endometriosis, cyst, terdapat jangkitan atau ketumbuhan pada bahagian berkenaan (tiub falopio).
·         Penyakit kelamin
·         Penyakit berkaitan masalah pelvik.
·         Merokok
·         Pengambilan kafein yang berlebihan
·         Terlalu kurus atau gemuk.
·         Faktor usia (Tahap kesuburan semakin menurun apabila seorang wanita mencapai umur 35 tahun).

Antara produk yang boleh diambil untuk kesuburan adalah seperti berikut:




Energizing Soy Protein (ESP)


Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semula jadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.


Vita-Lea

Mengandungi 28 vitamin dan mineral yg diperlukan oleh tubuh badan seorg dewasa. Pengambilan Vita-lea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Isteri perlu melengkapkan kesihatan diri dengan mengambil multivitamin ini.

Vitamin C


Satu tablet Vita C membekalkan 500mg vitamin C. Vita-C Shaklee adalah jenis 'sustained release' di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dalam tubuh badan. Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E.

B-Complex


Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural.

Alfalfa Complex

Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.



GLA 

Gamma Linolenic Acid (GLA) adalah sejenis asid lemak Omega 6. Fungsi GLA untuk wanita adalah menstabilkan hormon dan memastikan kitaran haid teratur.. Seperti yg kita sedia maklum, kitaran haid yg stabil memudahkan wanita mengenal pasti waktu subur di mana peratusan persenyawaan dapat ditingkatkan. GLA berperanan memastikan cecair mukus di dalam serviks mencukupi dimana ia memudahkan pergerakan sperma ke uterus seterusnya ke tiub fallopian di mana ovum menanti untuk disenyawakan. Cecair mukus yg subur ini juga membantu sperma untuk hidup di dalam tiub fallopian sehingga 5 hari, seterusnya meningkatkan kadar persenyawaan ketika ovulasi berlaku walaupun suami dan isteri tidak bersama dlm jangkawaktu tersebut. Membantu meningkatkan kesuburan dan melegakan PMS (sindrom pra-haid)



Zinc Complex
Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

PERINGATAN:
Vitamin Shaklee ini hanyalah sebahagian daripada usaha sahaja. Taraf kesihatan anda suami isteri turut menjadi faktor utama kesuburan, dan pastinya rezeki ini datang dari Allah Yang Maha Esa! TIADA JAMINAN anda akan terus mengandung selepas mengamalkan vitamin semulajadi ini.

Hubungi saya untuk konsultasi percuma dan dapatkan harga istimewa untuk set kesuburan wanita ini. Tips eksklusif dan cara pemakanan akan diberikan kepada mereka yang membeli dangan saya sahaja. Sebelum menamatkan entri ini, apakata kita lihat testimoni pengguna berkaitan set vitamin kesuburan wanita ini. Jom kita baca!














Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Nor Azilah binti Abu Osman

♥ sms/whatsApp: 012-4967714

♥ Fb: www.facebook.com/Insha Allah SIHAT sila klik LIKE utk info terkini