Showing posts with label SET SHAKLEE. Show all posts
Showing posts with label SET SHAKLEE. Show all posts

Thursday, May 22, 2014

Set Asas (Nutriwhite)


Gentle Deep Foaming Cleanser (150ml)
  • Membersihkan dan menyegarkan kulit
  • Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan
  • Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan
  • Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen
  • Lembut dan menyegarkan

Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15 (50ml)
  • Licin serta kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit kesan daripada cahaya matahari dan Mountain Arnica untuk menghilangkan radang kulit, pelembap yang bertindak daripada semua sudut ini melindungi anda daripada kesan-kesan memudaratkan cahaya matahari dan membantu membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan persekitaran

Soothing Radiance Whitening Softener (150ml)
  • Ia lembut dan mengembalikan kulit pada pH yang seimbang
  • Kulit berasa lebih segar dan tegang dengan Rosemary
  • Kudzu menegangkan dan mencerahkan
  • Marshmallow melembapkan
  • Ianya sangat berkesan

Testimonials 1

Testimonial 2


Keratan Akhbar Tentang Nutriwhite Shaklee

Set Family Wellness

Shaklee Family Wellness - Supplement seisi keluarga

Assalamualaikum... Kali ni Ilah nak share supplement untuk seisi keluarga..

Set Shaklee Family Wellness...

 

Set Shaklee Family Wellness



Set Shaklee Family Wellness ini memberikan nutrien yang berkhasiat untuk anda sekeluarga supaya kekal sihat dan bertenaga.

Apa yang terkandung dalam set ini:


1) Vitalea (with iron formula)

Merupakan multivitamin yang dilengkapi dengan 12 jenis vitamin dan 7 jenis galian yang diperlukan oleh tubuh. Mereka yang mengalami tekanan darah rendah akibat kekurangan zat besi adalah digalakkan mengambil 2 biji vitalea setiap hari untuk mengatasi masalah ini.

2) Vitamin C

Berfungsi memelihara kandungan antioksidan semulajadi dalam tubuh. Bertindak sebagai antioksidan yang penting dalam melindungi sel kulit daripada rosak dan melambatkan penuaan. Chewable Vitamin C Shaklee menguatkan tulang, gigi dan gusi yang sihat serta meningkatkan sistem imun tubuh. Sangat sesuai untuk orang sukar atau tidak suka makan pil atau tablet. Mengandungi rasa oren semulajadi yang sangat selamat untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Yang penting ianya tidak mengandungi sebarang pewarna, perasa, pemanis ataupun pengawet tambahan. 1 biji Chewable Vita C Shaklee bersamaan 1/2 biji oren iaitu bersamaan 100mg.
Seperti yang semua tahu Vitamin C sangat bagus untuk menjaga kecantikan kulit dan awet muda.

3) B Complex

Mengandungi 8 kumpulan vitamin B untuk memenuhi keperluan badan. Bertindak sebagai penjana tenaga (melalui tindakbalas glukos) disamping memberi ketenangan kepada tubuh. Disebabkan itu, vitamin B merupakan vitamin paling utama dalam mengatasi kelesuan dan tekanan. Ia mempunyai elemen yang meningkatkan metabolisma, tenaga dan kesihatan otak serta membantu kulit wajah kelihatan berseri dan tidak kusam.

4) Energizing Soy Protein (ESP)

Membekalkan 14gram non-GMO protein berkualiti tinggi (dalam setiap hidangan) yangmengandungi semua asid amino yang diperlukan oleh tubuh bagi mengekalkan tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh. Ia membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis vitamin B yang diperlukan tubuh dan separuh daripada jumlah keperluan kalsium harian, serta membantu membina dan perbaiki tisu badan yang rosak.

Kebaikan set ini :

1) Membantu mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh
2) Membantu anda merasa lebih bertenaga
3) Menguatkan sistem imun anda
4) Membekalkan khasiat untuk kulit rambut, kuku, tulang dan otot yang sihat.

Pastinya kita inginkan yang terbaik buat keluarga. Tiada apa yang lebih berharga selain dari melihat orang2 tersayang sentiasa sihat, ceria dan bertenaga.
 
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Nor Azilah Abu Osman
♥ sms/whatsApp: 012-4967714
♥ Fb: www.facebook.com/InshaAllahSIHAT sila klik LIKE utk info terkini

Set Mighty 3 Gems ( Berpuasa )

Berpuasa Dengan Shaklee Mighty 3 Gems

Tidak lama lagi Ramadhan akan menjelang tiba. Sudahkah anda melangsaikan hutang puasa tahun lepas?   

Mari Ilah perkenalkan set Mighty 3 Gems Shaklee yang pastinya akan memberi anda pengalaman puasa yang berbeza. Badan anda akan rasa lebih cergas dan lebih sihat ketika berpuasa. Jom berpuasa dengan Shaklee!   

Set Berpuasa Shaklee atau Shaklee Mighty 3 Gems mengandungi 3 jenis minuman berkhasiat iaitu ESP (Energizing Soy Protein), Meal Shakes dan Performance Drinks.

Kenapa Ilah mensyorkan anda berpuasa dengan Shaklee Mighty 3 Gems?

Apa fungsi minuman-minuman berkhasiat ini?


Energizing Soy Protein -  sumber protein tinggi yang akan membuatkan anda rasa kenyang yang lebih tahan lama.  

Meal Shakes - sumber multivitamin yang terbaik. Bila kita berpuasa, badan kita sebenarnya melalui proses detoksifikasi. Sementara detoksifikasi itu berlaku, Meal Shakes dapat memastikan badan kita mendapat bekalan nutrien baru yang mencukupi. 

Performance Drinks - minuman seperti isotonik tetapi tanpa gas. Ianya bagus dalam mengelakkan dehidrasi kulit sebab ia mengurangkan kehilangan bendalir dan menyokong tahap hidrasi lebih baik berbanding air. Ia akan seimbangkan proses kehilangan air dalam badan, dan justeru badan kekal rasa segar.  Dengan itu, anda tidak akan rasa mudah dahaga. Digalakkan juga diambil masa berbuka supaya cepat menyegarkan badan dari keletihan.

Set berpuasa terbaik dari Shaklee

Set Mighty 3 Gems ini amat sesuai untuk yang berpuasa dan :-
  • Ibu mengandung
  • Ibu yang menyusukan anak
  • Orang yang bekerja berat (menggunakan tenaga badan) 
  • Warga tua
  • Kanak-kanak (terutama yang baru mula berpuasa)
  • Remaja/Pelajar
 
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Nor Azilah Abu Osman
♥ sms/whatsApp: 012-4967714
♥ Fb: www.facebook.com/InshaAllahSIHAT sila klik LIKE utk info terkini

Set Super Duper Milk Booster

Super duper milk booster. Ilah menawarkan lima set mampu milik utama bagi membantu ibu menjayakan penyusuan. bagi menjayakan penyusuan, ibu perlu memiliki 'BOOSTER', bukan hanya untuk 'BOOST' supply susu, tapi yang lebih penting adalah untuk 'BOOST' energy level ibu. sebab itu Ilah mengelar set mampu milik  sebagai super duper milk booster: more milk for baby, more energy for mummy. 
Ibu yang bertenaga sepanjang hari, mampu untuk mengepam dan menyusukan anak tanpa sebarang masalah. ibu bekerjaya mahupun surirumah amat memerlukan tenaga yang berkekalan sepanjang hari, bagi menguruskan seisi keluarga dengan jayakan. insyaallah dengan pilihan set mampu milik yang kami tawarkan, ibu mampu bertenaga dan gembira sepanjang hari, ibu sihat keluarga pun bahagia.
Berikut adalah pilihan set mampu milik:
Set 1 (Set Basic: Vitamin Asas Penyusuan dengan Alfalfa)
  1. Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, dan Alfalfa
  2. Sesuai untuk semua ibu (termasuk yang tidak menyusukan anak)
  3. Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
  4. Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan keputihan
  5. Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema, set ini dapat membantu


Set 2 (Vitamin Asas Penyusuan dengan Kalsium)
  1. Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, dan Kalsium
  2. Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid .
  3. Alternatif kepada set B untuk ibu yang ada masalah dengan alfalfa.
  4. Sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu dan alah kepada laktosa.
  5. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D serta mineral lain.




Set 3  (Set Penyusuan dengan Alfalfa dan Kalsium)

  1. Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, Kalsium dan Alfalfa
  2. Menambahkebaikan antara set B dengan set Eu Four Pack.
  3. Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
  4. Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan keputihan
  5. Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema, set ini dapat membantu
  6. Sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu dan alah kepada laktosa.
  7. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D serta mineral lain.




Set 4 (Vitamin Asas Penyusuan dengan Kalsium dan Protein)
  1. Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium dan ESP, tanpa Alfalfa.
  2. Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan tapi alah dengan Alfalfa.
  3. Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation.
  4. Sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu dan alah kepada laktosa.
  5. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D serta mineral lain.



Set 3 M (Set Penyusuan B, Lengkap dengan Kalsium dan ESP)
  1. Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan ESP.
  2. Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan.
  3. Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation.
  4. Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
  5. Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan keputihan
  6. Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema, set ini dapat membantu
  7. Sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu dan alah kepada laktosa.
  8. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D serta mineral lain.

5 pilihan set super duper milk booster mampu milik ini hanya akan berjaya jika ibu melaksanakan 3 langkah super penting berikut:

  1. Air 3 liter sehari
  2. Pam 2 atau 3 jam sekali
  3. Super Duper penting mohon pertolongan Allah, Ya Allah, bantulah aku melaksanakan tanggungjawab menyusukan Amanah Mu sehingga usianya 2 tahun 
 
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Nor Azilah Abu Osman
♥ sms/whatsApp: 012-4967714
♥ Fb: www.facebook.com/InshaAllahSIHAT sila klik LIKE utk info terkini

Set Umrah dan Haji

Sebagai persediaan untuk menjaga kesihatan agar boleh menunaikan ibadah umrah dan haji dengan sempurna,Shaklee sediakan untuk anda atau sesiapa dikalangan ahli keluarga anda pakej istimewa haji, umrah & travel untuk kesihatan orang tersayang.

Set pakej haji dan umrah ini juga sesuai dibawa ketika anda melancong kemana-mana terutama melancong diluar negara. Kadang-kadang keadaan cuaca dan persekitaran menjadikan tubuh tidak selesa seperti sejuk, berjerebu, panas dan sebagainya. 

Kebiasaannya mereka yang ingin melancong ini membawa serba sedikit ubat ubatan semasa haji, umrah dan juga melancong seperti panadol, vitamin C, minyak angin dan sebagainya untuk memastikan ibadah umrah, haji dan percutian berjalan dengan lancar, sempurna dan juga bergembira.

Seperti kata pepatah, mencegah lebih baik dari merawat, anda digalakkan mengambil set haji, umrah & travel ini sebelum dan semasa menjalani ibadah haji, umrah dan juga melancong agar kesihatan anda berada ditahap optimum. Mesti tak nak masa menunaikan ibadah haji, umrah dan melancong tiba-tiba, rasa sakit kepala, sakit lutut, letih terlampau segala kan kan...
 
 
SET HAJI DAN UMRAH

Walaubagaimanapun, ingin ilah tegaskan di sini bahawa supplemen ini hanyalah usaha kita untuk memastikan kesihatan optimum sepanjang menunaikan ibadah di Tanah Suci. Namun, nikmat kesihatan (dan sakit) itu datangnya dari Yang Maha Esa, dan kepadaNYA lah kita bertawakal.. InsyaALLAH


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Nor Azilah Abu Osman
♥ sms/whatsApp: 012-4967714
♥ Fb: www.facebook.com/InshaAllahSIHAT sila klik LIKE utk info terkini