Showing posts with label Sustained Release Vita-C Plus. Show all posts
Showing posts with label Sustained Release Vita-C Plus. Show all posts

Sunday, May 11, 2014

Set Resdung Shaklee Untuk Rawatan Penyakit Resdung

Set Resdung Shaklee Untuk Rawatan Penyakit Resdung

Penyakit Resdung adalah antara penyakit yang sering menjadi masalah kepada ramai orang di Malaysia.Pelbagai rawatan telah dicuba untuk atasi masalah penyakit resdung ini.  Set Resdung Shaklee disyorkan bagi membantu mengatasi masalah yang menghantui anda selama ini. Dalam istilah perubatan, penyakit resdung dikenali dengan nama sinusitis. Masyarakat lazimnya menganggap penyakit ini adalah penyakit yang tidak berbahaya walaupun hakikatnya jika dibiarkan menjadi kronik ia boleh menyebabkan komplikasi kepada otak dan membawa maut!

resdung Set Resdung Shaklee Untuk Rawatan Penyakit Resdung

Punca Penyakit Resdung

Pada kebiasaannya, para pesakit resdung akan mengalami situasi seperti bersin dengan kerap, dengkuran luarbiasa, batuk, gatal hidung, cepat letih, muka terasa sakit dan pening kepala waktu pagi. Bagi pesakit resdung yang kronik, resdung berisiko menyebabkan punca telinga menjadi pekak. Sebelum bercerita lebih lanjut tentang Set Resdung Shaklee, terlebih dahulu kita perlu tahu apa punca sebenarnya yang menjadi penyebab berlakunya penyakit resdung ini.
Pakar Hidung, Telinga dan Tekak Hospital Pakar Perdana, Dr. Mohamad Hamzah menyatakan resdung adalah sejenis penyakit hidung yang berpunca daripada radang pada membran. Sinus pula merujuk kepada rongga dalam tulang muka yang dipenuhi mukosa. Rongga sinus yang tersumbat berisiko menyebabkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak di dalamnya serta menghasilkan nanah. Sebagai tambahan, resdung juga boleh berpunca disebabkan oleh rerambut halus silia dalam rongga sinus yang gagal menyempurnakan tugas untuk melancarkan aliran mukus. 

Antara komplikasi penyakit resdung:

  • Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
  • Jangkitan otak (meningitis)
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  • Memburukkan keadaan lelah
  • Berdengkur yang kronik
  • Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
  • Alahan hidung atau hidung sensitif
  • Selsema biasa yang melarat.

 

SET RESDUNG SHAKLEE

 


 Alfalfa Complex
  • Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis).
  • Ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis).
  • Namun begitu, mereka menghidap penyakit SLE tak digalakkan mengambil alfalfa sebagai suplemen.
B Complex
  • Kandungan B6 dalam B Complex berperanan penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan.
  • Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka.
  • Membantu dalam membina protein dalam tubuh.
Vitamin C
  • Ia berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit.
  • Mempercepat proses penyembukan tisu tubuh.
  • Vitamin C memastikan proses pemuliharan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.
Jangan berlengah untuk mencuba Set Resdung Shaklee bagi mengatasi masalah resdung anda. Produk Shaklee adalah produk semulajadi dan bebas dadah. Hakikatnya, penyakit resdung ini jika dibiarkan melarat akan menjadi kronik dan boleh menyebabkan komplikasi kepada otak dan membawa maut!

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:


Nor Azilah Abu Osman
♥ sms/whatsApp: 012-4967714
♥ Fb: www.facebook.com/InshaAllahSIHAT sila klik LIKE utk info terkini

Monday, May 5, 2014

Set Bersalin Terbaik - Set Berpantang Moden Shaklee




Set Bersalin Shaklee boleh diambil hari pertama ibu-ibu bersalin. Ianya selamat diambil walaupun bayi mengalami jaundice atau G6PD berbanding Jamu biasa.


Saya percaya ibu-ibu yang sedang hamil pasti sibuk mencari set bersalin yang sesuai . Soalan yang bermain di fikiran anda semestinya…set bersalin mana yang terbaik? set berpantang mana yang sesuai? Set mana yang sesuai jika baby jaundis?

Seharusnya, anda perlu mencari set yang mudah diamal, harga mampu milik dan selamat untuk bayi menyusu. Set bersalin yang selamat untuk menyusukan bayi adalah yang berasaskan ramuan tradisional dan semulajadi seperti herba, jamu dan set bersalin yang terdiri daripada pil-pil.

Secara ringkasnya, fungsi set berpantang adalah untuk:
  1. Memulihkan organ peranakan supaya kembali subur dan memulihkan kesihatan rahim selepas bersalin.   
  2. Memulihkan luka luaran dan dalaman selepas bersalin.
  3. Mengembalikan kecantikan tubuh badan seperti sebelum bersalin 
  4. Supaya dapat mengelakkan stres dan meroyan 

Akan tetapi, tidak semua yang serasi dengan set bersalin tradisional (jamu). 
Mungkin ada juga di antara anda yang tidak sempat untuk menghabiskan set pantang tradisional sejak melahirkan anak pertama disebabkan cara pengambilannya yang remeh ataupun produk yang diambil dirasakan tidak bersesuaian.


Lebih-lebih lagi untuk ibu yang bayinya mengalami jaundis tidak boleh mengambil jamu kerana dikhuatiri isi kandungan tertentu yang akan melambatkan lagi hilangnya jaundis pada bayi tersebut.
  
Mujur sekarang sudah ada produk yang mudah dan berkesan iaitu set bersalin dan  berpantang moden Shaklee. Ianya paling sesuai untuk ibu-ibu yang mementingkan kesihatan dalaman, berpantang sendiri serta menyusukan anak.  

Set berpantang Shaklee terdiri daripada 4 jenis produk vitamin dan mineral:

Membekalkan 23 jenis vitamin 
Meningkatkan kecerdasan mental & ketahanan dari jangkitan
Menolong memulihkan fungsi penghadaman dan selera makan
Penting untuk pertumbuhan sel dan pembiakan

Mengurangkan simptom kemurungan dan tekanan

- VITA C
Menolong mengurangkan simptom alahan
Anti Oksidan semulajadi
Menjaga kesihatan gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah
Mengurangkan keguguran rambut
Meningkatkan sistem imun, menolong penyembuhan dan masalah jeragat
Menyembuh daya seksual dan pertumbuhan organ.

Oleh itu, dapat membantu anda terutama ibu-ibu yang baru ber secukupnya, malah air yang mencukupi untuk memastikan sistem tubuh berfungsi secara optimum. 
 
Set Bersalin Shaklee dapat membantu ibu tenang menghadapi rutin harian, dan menyediakan vitamin dan mineral asas, mempercepatkan penyembuhan luka luaran dan dalaman badan dengan berkesan (terutamanya yang melahirkan secara caesarean) dan pastinya tidak memudaratkan bayi yang disusukan.

Dapatkan hari ini untuk bekalan sepanjang berpantang!
Set bersalin Shaklee pastinya set berpantang yang paling digemari  set bersalin terbaik untuk isteri anda.


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:


Nor Azilah Abu Osman
♥ sms/whatsApp: 012-4967714
♥ Fb: www.facebook.com/InshaAllahSIHAT sila klik LIKE utk info terkini

Friday, May 2, 2014

Sustained Release Vita-C Plus

Sustained Release Vita-C PlusTM 500 mg


Sumber Vitamin C Semulajadi yang Disalurkan Jam demi Jam

Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.  Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh.  Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.*

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

 Kod Produk10104 (180 pil)