Showing posts with label OmegaGuard™. Show all posts
Showing posts with label OmegaGuard™. Show all posts

Wednesday, May 21, 2014

Set Gout

Cadangan Suplemen Shaklee Untuk Penyakit Gout

Gout adalah satu penyakit sengal tulang yang paling kerap dijumpai. Ia suatu serangan yang amat menyakitkan dan boleh mengakibatkan penderitanya mengalami pembengkakan. Sendi yang terlibat biasanya kaki atau buku lali.

PUNCA GOUT

Gout terjadi apabila kandungan asid urik dalam darah terlalu tinggi iaitu melebihi 7.5 mg/dL. Gout didorong oleh dua faktor utama iaitu penghasilan asid urik dalam badan telah melepasi tahap normal dan buah pinggang gagal berfungsi dengan baik iaitu menyingkirkan asid urik yang berlebihan.
Asid urik yang berlebihan akan berkumpul menjadi jarum-jarum kristal pada bahagian sendi dan akhirnya menyebabkan kesihatan yang amat sangat di bahagian yang berkaitan. Pesakit akan rasa seolah-olah disiram air sejuk.

TANDA-TANDA GOUT

○ Sendi tiba-tiba sakit
○ Membengkak
○ Menjadi kaku
○ Seakan-akan rasa panas
○ Sendi menjadi kemerah-merahan
○ Sakit apabila disentuh
○ Demam
○ Bonjolan terbentuk di sendi dan cuping telinga

MENGESAN PENYAKIT GOUT

Ujian darah boleh dilakukan untuk menentukan tahap asid urik dalam darah. Selain itu, pemeriksaan sendi atau pemeriksaan cecair sendi juga boleh dilakukan untuk mengesan sebarang kristal asid urik dalam badan.

SUPLEMEN YANG MEMBANTU MENGURANGKAN ASID URIK DALAM BADAN

ALFALFA COMPLEX
Untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa complex memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.
PERFORMANCE DRINK
Memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehidrasi.
OMEGA GUARD
Ini sangat penting bagi pesakit yang mengalami gout yang sangat teruk. Omega penting untuk mengelakkan radang pada sendi-sendi pesakit. Ianya sebagai langkah berjaga-jaga sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk.  
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:


Nor Azilah Abu Osman
♥ sms/whatsApp: 012-4967714
♥ Fb: www.facebook.com/InshaAllahSIHAT sila klik LIKE utk info terkini







Friday, May 2, 2014

OmegaGuard™ 

OmegaGuard™ 


Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

Shaklee OmegaGuardTM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.  Satu hidangan OmegaGuardTM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

 Kod Produk10236 (90 kapsul)

Wednesday, March 12, 2014

Set Diet Basic dengan Cinch Shake Shaklee

Set Diet Basic dengan Cinch Shake Shaklee


Lumrah dunia bila cerita bab kurus, turun berat berkilo-kilo, ramai yang teruja nak tahu apa rahsianya. Baik yang solo, berkahwin dan ibu menyusu memang mengidamkan badan kurus, ramping dan langsing. Siapa yang tak mahu kuruskan? Wanita mahu pun lelaki memang mengidamkan bentuk badan kurus sepanjang zaman. Awas! Pastikan kita mengamalkan program diet yang betul untuk mencapai kurus yang sihat. 


Shaklee ada vitamin yang boleh membantu anda untuk mengurangkan berat badan secara ideal. Tapi apa yang penting, kita haruslah berdisiplin dalam menjaga pemakanan, minum air 3L sehari (ini sememangnya keperluan asas setiap manusia, juga membantu untuk membakar lemak ) dan untuk mendapat kesan yang cepat.

3 cara untuk menurunkan berat badan dengan Shaklee



Pertama: Detox


Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

Untuk detox vitamin yang sesuai adalah Herb-lax atau Alfalfa. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa. Herb-lax pula sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Saya tidak menggalakkan Herb-lax diambil oleh ibu yang menyusu kerana bimbang akan memberi kesan cirit birit kepada anak.


Kedua: Memecahkan Lemak




Proses memecahkan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau Omega Guard. Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, dalam perkataan ringkasnya, ia menyebabkan lemak itu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak daripada melekat pada dinding membran. Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Walau apa jua supplemen yang kita makan untuk kurus, kita wajib menjaga pemakanan seharian. Jangan makan sesuka hati. Kurangkan lemak dan minyak serta rajin bersenam dan banyakkan minum air. Sekurang-kurangnya 3L sehari.


Ketiga: Membina Otot dengan Protin

Protin sangat diperlukan untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, perkembangan otot, mengawal nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protin dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

Kenapa perlu mengambil protin? Untuk menguraikan lemak daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Pastikan protin terkandung dalam setiap makanan jika kita sedang berdiet. Contoh makanan yg kaya protin ialah kacang soya, ikan, telur, hasil tenusu, kekacang, avokado, ayam, dan tauhu

Untuk protin terbaik, saya cadangkan Cinch Shake Shaklee. Cinch Shake Shaklee membantu kurus dengan lebih berkesan. Ibu yang menyusukan anak tidak digalakkan ambil Cinch Shake ni, tetapi gantikan ia dengan ESP/ MealShake (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan)

Mari kita mengenali keistimewaan Cinch Shake Shaklee ini:

  • Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa santapan manis
  • Mengandungi Cinch Pro iaitu suatu campuran protin eksklusif diperkaya dengan asid amino leusina
  • Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot
  • Terdapat 24 gram protin dalam setiap sajian
  • Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
  • Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
  • Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan
  • Soya bukan GMO


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:


Nor Azilah Abu Osman
♥ sms/whatsApp: 012-4967714
♥ Fb: www.facebook.com/InshaAllahSIHAT sila klik LIKE utk info terkini

Tuesday, March 11, 2014

Cadangan Vitamin untuk Sakit Lutut



Saya nak kongsi kebaikan set xtravaganza vitamin sakit sendi dan lutut. Sebelum tu saya nak tanya apa itu sendi? Kena faham apa itu sendi dan peranannya.



Osteoarthritis lebih mudah dikenali sebagai sakit sendi. Ia merupakan sejenis penyakit sendi yang mempunyai ciri keradangan. Sendi pula ialah bahagian badan di mana dua tulang berlainan bertemu.

Ia berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus. Ini akan menyebabkan sendi menjadi bengkak, sakit dan kebas dan menjadi punca kepada kemerosotan sendi tulang yang progresif (penyakit degeneratif sendi).

Keradangan berlaku kerana darah (tidak cukup khasiat) yang dibekalkan kurang meskipun seseorang itu sihat. Ini kerana, tubuh badan tidak boleh menghasilkan zat makanan yang mencukupi bagi menyelaras dan memastikan kadar pemulihan dan pembaharuan yang diperlukan.

Sendi yang selalunya berlaku keradangan adalah lutut. Hal ini demikian kerana, lutut adalah sendi yang menampung berat badan kita dan sentiasa digunakan sepanjang hidup kita.

Berikut adalah tanda-tanda penyakit Osteoarthritis:
1.    Sakit pada sendi yang terlibat.
2.    Kesukaran untuk membengkokkan atau meluruskan sendi akan berlaku.
3.    Sesetengahnya akan mengalami kebengkakan.
4.    Adanya pembesaran tulang sendi.


Bagaimanakah cara nak mengatasi sakit sendi ini? Senang sahaja. Amalkan tiga kaedah ini:


Kaedah 1 : Mengekalkan tulang rawan yang sihat

Advanced Joint Health Tablet memberikan manfaat kepad sendi dalam tiga(3) cara :
(i) menyokong keselesaan sendi
(ii) memelihara tisu penyambung yang sihat
(iii) meningkatkan kesan kusyen

Kaedah 2 : Mengurangkan inflamasi

Omega Guard Shaklee adalah omega3 yang  melambatkan degradasi tulang rawan. ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi..jadi ia boleh membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi. omeg- juga bertindak sebagai pelincir. ia membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas.Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkankesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja. 

Kaedah 3 : Mengekalkan sel tulang yang sihat

Ostematrix 

Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. Ramai orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup magnesium.

 Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang temulang tatapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.

Jangan biarkan sakit sendi dan lutut ini menganggu pergerakan orang tersayang kita.Kecil pelaburannya tapi besar manfaatnya. Jadikan hadiah setiap bulan untuk ibubapa kita.

Pencegahan awal boleh menjadikan kita sihat pada masa akan datang. Sama ada kita penghidap sakit sendi atau pun tidak, adalah penting  mendapatkan nutrisi sendi seiring dengan peningkatan usia.

Sakit sendi dan lutut saya hilang dengan vitamin Shaklee : Advanced Joint Health tablet, Ostematrix dan Omegaguard. Jom dapatkannya!

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Nor Azilah binti Abu Osman
♥ sms/whatsApp:012-4967714
♥ Fb: www.facebook.com/Insha Allah SIHAT  sila klik LIKE utk info terkini