Tuesday, June 3, 2014

Langkah menyusu eksklusif untuk ibu bekerjaya

Assalamualaikum...

Mungkin ada antara ibu-ibu yang pertama kali melalui pengalaman menyusukan bayi secara eksklusif dan kini mula bekerja setelah bercuti bersalin. Jadi ibu-ibu perlu mempunyai ilmu bagaimana tips danteknik yang penting bagi perahan susu, penyimpanan dan persediaan bagi menjamin keselesaan. 

"Pelaksanaan yang Baik bermula dengan Ilmu"

1) MEMERAH SUSU

Memerah dengan tangan
  • Urut payudara perlahan-lahan, usap ke arah bawah menghala ke areola.
  • Bermula di pertengahan payudara, gerakkan ibu jari perlahan-lahan.
  • Apabila menghampiri pinggir areola, tekan ke dalam dan ke atas; susu akan memancut keluar daripada puting.
  • Ulangi gerakan ini sehingga payudara menjadi kosong, kemudian beralih ke payudara sebelah.
Menggunakan pengepam
Mengepam susu sepatutnya tidakmenyakitkan anda. Tetapi jika ia menyakitkan anda, cuba ubah suai sedutan pada pam. Jika ini tidak berkesan, hubungi doktor atau konsultan laktasi. Letakkan corong ke dalam areola untuk membentuk pengadang kedap udara. Tarik bahagian luar corong; sedutan akan mengepam susu keluar daripada payudara.

2) MENYIMPAN PERAHAN SUSU
  • Simpan susu di dalam jumlah yang diambil oleh ibu pada setiap kali penyusuan.
  • Label setiap bekas dengan tarikh, masa dan jumlah perahan.
  • Jika susu dibekukan, tinggalkan sedikit ruang di dalam bekas untuk susu mengembang.
  • Jangan mencampurkan susu yang baru diperah ke dalam perahan susu yang telah disimpan.
  • Sentiasa simpan susu di bahagian yang paling sejuk di dalam peti sejuk atau di dalam bahagian dingin beku (bukan di bahagian pintu).
  • Jangan bekukan kembali susu yang telah dilarutkan.

3) TEMPOH SIMPANAN SUSU IBU
  • Suhu bilik sehingga 8 jam
  • Peti sejuk 24 – 48 jam 
  • Dingin beku (peti sejuk dua pintu) 3 bulan 
  • Peti sejuk beku lampau (-20°) 1 tahun

4) MENYEDIAKAN PERAHAN SUSU IBU KEPADA BAYI
  • Sentiasa gunakan susu yang paling awal disimpan.
  • Letakkan bekas perahan susu ke dalam mangkuk berisi air suam untuk memanaskan susu; jangan memasak perahan susu ibu dan jangan panaskan susu di dalam ketuhar gelombang mikro.
  • Lemak akan terpisah menjadi dua lapisan. Goncangkan bekas untuk menggabungkan lemak susu dengan cecair lain di dalam susu.
  • Rasa suhu susu dengan menitiskan beberapa titik susu di bahagian dalam pergelangan tangan. Ia sepatutnya suam suam kuku.

5) SEDIAKAN BAYI

Sekarang tibalah masanya untukmembiasakan bayi mengambil perahan susu serta orang yang akan menjaga bayisementara anda pergi bekerja. Yang baiknya, anda boleh melakukan kedua-duanyapada waktu yang sama.

Perahan Susu

Mulakan dengan menggantikan satu sesi penyusuan dengan perahan susu. Secara teratur,anda boleh tingkatkan penggantian sesi penyusuan sehingga 3 ke 4 kali sehari.Ia boleh dilakukan sepanjang hari sehingga tengahari. Anda boleh menyusukan bayi anda setelah pulang selepas kerja pada waktu petang.

Penjaga Bayi
 

Latih penjaga bayi anda untuk menyusukan bayi dengan perahan susu dengan menggunakanbotol, sudu kecil atau cawan kecil. Adalah lebih baik jika bukan anda yangmemberi bayi perahan susu kerana bayi boleh menghidu perbezaannya dan mungkintidak mahu menyusu dari payudara. Ambil sedikit masa untuk memastikan penjagaanda memahami perkara-perkara seperti di bawah:
  • Bagaimana cara menyimpan perahan susu.
  • Bagaimana cara menyediakan susu untuk bayi.
  • Jangan beri bayi minum air suam, susu formula atau makanan lain selain daripada perahan susu.
  • Nombor telefon (anda dan suami) untuk dihubungi pada waktu kecemasan.

Buat Panggilan
  • Terlebih dahulu, maklumkan majikan anda yang anda perlu memerah susu pada waktu pejabat.
  • Jika boleh, minta sebuah bilik khas untuk memudahkan anda memerah susu badan.
  • Semak sama ada terdapat peti sejuk untuk menyimpan susu yang diperah (jika tidak, bawa kotak menyimpan air batu).

6)KEMBALI KE TEMPAT KERJA

Tempah ruang simpanan 
Letakkan susu yang diperah ke dalam bekas dan label nama anda dengan jelas.
Terus pulang ke rumah selepas kerja dan simpan susu ke dalam peti sejuk. 
 Elakkan daripada pergi membeli belah dan membiarkan susu yang diperah berada di dalam kereta.

Memerah susu
  • Perah susu sekerap yang boleh, setiap 3 hingga 4 jam untuk mengekalkan bekalan susu.
  • Cuba sesuaikan masa ini dengan waktu makan tengahari atau minum petang supaya ia tidak mengganggu kerja anda.
  • Untuk rasa tenteram sebelum memerah susu: 
  • Tarik beberapa kali nafas dalam jika anda menjadi cemas.
  • Bayangkan wajah bayi dan ingatkan diri sendiri tentang kenikmatan menjadi seorang ibu.
  • Jika boleh, dengar melodi yang memberi ketenangan sebelum dan sewaktu memerah susu.

10 tips menjayakan penyusuan susu ibu

1. Kerapkan Menyusu / Mengepam
Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untukmenyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam. Perahsetiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerahan susu. Percaya kepada konsep bekalan danpermintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan. Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini keranahormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.


2. Jangan Tunggu Payudara Penuh
Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perludisusukan. Itu salah! Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu danapabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyaksusu. Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggiapabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Inibereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukanbayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperolehsusu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.

    
3. Minum Banyak Air
Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.


4. Fikir Bayi Fikir Susu
Ketika menyusu,belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurussebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Caraini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu. Masa nakmengepam lihatlah gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin.


5. Berdisiplin
Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila hujung minggu jangan ponteng mengepam. Masa hujung minggu la masa yang boleh untukbuat stok. Bagaimana? Guna tip #6 dan #7.


6. Tendum Pumping
Latih diri untukmenyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik. Disamping anak dapat menyusu, kita dapat juga mengumpul stok.


7. Teknik Marmet
Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyaksusu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapidengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkanpengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong.Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalau dengan menggunakan pump dpr3.5oz sebelah payudara, buat marmet boleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampaksikit, tapi ada beza.


8. Menyusu / Mengepam Lebih Lama
Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan diamenyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu dibahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susuberlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelahlagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuhtetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya. Seeloknya jika andamengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudarabenar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsangotak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susuyang keluar. Mengepam lebih lama juga bleh buat let down 2-3kali. Tak percayabuat. Konsisten + disiplin + istiqamah.


9. Penyusuan Malam
Amalan menyusukanbayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Inikerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusulebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yangmemainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.


10. Urutan
Teknik urutanpayudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagisewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlumenuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda bolehpelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.

Power Pumping


Apa itu power pumping?
Merupakan teknik mengepam yang dapat meningkatkan penghasilan susu ibu. Ideanya adalah untuk meniru cara bayi menyusu, dan secara tidak langsung meningkatkan penghasilan susu ibu.


Siapa yang perlukan power pumping?
1. Ibu yang kekurangan susu, yang berusaha untuk memperbanyak semula susu
2. Ibu yang ingin relaktasi atau menyusukan semula anak selepas berhenti menyusu
3. Ibu yang ingin menyusu anak angkat


Bagaimana caranya?

Power pumping  : pam single.

5 minit kiri, 5 minit kanan, 5 minit kiri, 5 minit kanan

10 minit kiri 10 minit kanan, 10 minit kiri 10 minit kanan

Power pumping : pam double

5 minit pam, 5 minit rest, 5 minit pam, 5 minit rest
10 minit pam, 10 minit rest, 10 minit pam, 10 minit rest.

Lakukan selama sejam setiap hari.

Bilakah waktu yang sesuai?
1. Sebaik-baiknya waktu malam ke subuh, pada ketika ini hormon prolaktin adalah sangat tinggi.
2. Waktu lapang
Yang penting, jangan stress ketika melakukannya.


Berapa lama untuk mendapat hasil?
Sekurang-kurangnya 1 minggu, jangan berputus asa walaupun hasilnya sedikit pada peringkat awal.

Usaha, disiplin, doa, tawakkal, InsyaAllah. :)