Tuesday, June 3, 2014

Petua Atasi Bengkak Susu

Cuba amalkan petua berikut apabila ibu mengalami masalah bengkak susu.


1.      Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.

2.      Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payu dara yang terakhir dihisap.

3.      Mungkin sukar untuk bayi melekap pada payu dara ibu apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap di sekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut. Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!

4.      Semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payu dara.

5.      Jika payu dara terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.

6.      Menyikat payu dara yang bengkak (sikat menghala ke puting).

7.      Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payu dara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payu dara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payu dara dengan efisien (buat sesekali sahaja kerana jika diamalkan selalu boleh menyebabkan susu kering).

8.      Ambil cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu dara. Jangan sampai terkena bahagian puting. Lakukan setiap hari sehingga tiada lagi masalah bengkak.

9.      Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada payu dara bila daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.

10.  Urut payu dara sedikit sebelum mengepam. Buat urutan membulat seperti pemeriksaan payu dara pada kawasan yang ada rasa berketul-ketul.

Jika anda tidak dapat menahan sakit, anda boleh ambil ubat tahan sakit seperti paracetamol dengan nasihat daripada doktor.

Sumber : Majalah Pa Ma


Penyediaan solid food bayi

Since baby masih memerlukan food yang bertekstur lembut puree or bubur la yang paling sesuai yer mommy

1. PENYEDIAAN BUBUR
 
Beras blend sehancur-hancurnya sampai jadi macam nestum untuk stok 2 weeks, blend 1 pot beras
tak perlu basuh, masa nak masak, baru basuh after blend, simpan kat bahagian chiller

2. Penyediaan Puri Sayuran/Daging
 
Puri untuk sayur-sayuran yang boleh dibuat : epal, pear, labu, sweet potato







Lewat tidak mengapa, jangan diawalkan.

Cara-cara nak buat puri (Contoh :Labu)
a. Potong labu ikut kesesuaian dan rebus
b. Agak-agak dah lembut, blend
c. After blend masukkan puri labu dalam kiub ais atau bekas kecil lain
d. Simpan dalam fridge bahagian frozen sehingga beku
* untuk sekali penyediaan, biasanya  gunakan puri2 ni dalam 3 days, after 3 days mesti kena prepare baru
e. Bila dah beku, bolehla simpan ke dalam bekas lain untuk penyediaan puri lain pula.

Cara buat puri ayam pun sama macam di atas.
untuk ikan, tekstur daging ikan kalau dah direbus agak lembut, cuma carik-carik daging ikan tu.

PENYEDIAAN PERASA
 
Baby masih belum boleh menerima SALT dalam makanan
Boleh gunakan Ikan Bilis sebagai perasa
Ikan bilis direndam sekejap untuk kurangkan masin & tulang halus
Bila dah betul2 kering, goreng and tumbuk sampai halus, kalau nak blend pun boleh
tapi, aroma ditumbuk adalah lagi SEDAP yer mommy.

KEBAIKAN PENYEDIAAN PURI
 
Untuk mommy yang bekerja, penyediaan puri adalah sangat efektifbila semua dah ready, less than 10 minutes, bubur untuk anak kesayangan dah siap
mommy2 cuma spent about 1 hour untuk sediakan semua puri-puri

CARA MASAK BUBUR (untuk bayi 7 bulan ke atas)

Contoh :-
4 sudu beras yang dah blend
3 ketul kiub labu
3 ketul kiub carrot
3 ketul kiub ayam/2 sudu ikan yang dicarik2
1 sudu kecil ikan bilis hancur

Masak dengan api yang kecil
dalam masa 10 minit, kacau2 bubur supaya tidak melekat
SIAP untuk anak kesayangan mamam!!

Bubur yang dah siap, terus masukkan dalam bekas kecil
so, pagi2 terus panaskan pakai warmer
kalau boleh, jangan gunakan microwave yer mommy..

4 DAY RULE
"Peraturan Tunggu 4 Hari" adalah satu cara yang benar-benar mudah untuk memeriksa tindak balas sistem pencernaan bayi terhadap pengenalan kepada makanan baru seperti sensitiviti makanan atau alahan makanan.
 
Contoh puree
CONTOH PUREE

Kredit : Kumpulan-ibu-ibu-menyusu-muslim

Tips Menyusu ketika bulan Ramadhan





1. Cukup rehat

Berasa letih ketika berpuasa itu lumrah, apatah lagi jika si ibu baru saja menyusu. Cuba untuk beristirahat sejenak, dengan tidur atau sekadar relaks menenangkan fikiran. Ibu menyusu perlu tahu, semakin kerap payudara dihisap oleh bayi, maka penghasilan susu akan semakin banyak. Jadi, bila ibu rajin menyusu semasa berpuasa, penghasilan susu ibu akan tetap lancar.

2. Pengambilan air 

Jika mampu, minum air masak 2 liter sehari, ditambah dengan jenis cairan lain seperti jus buah, teh manis suam dan susu. Minum segelas susu setiap sahur boleh mengurangkan ancaman anemia bagi ibu hamil dan menyusu. Anemia adalah berkurangnya kadar hemoglobin (Hb) dalam darah. Berbuka puasa dengan minum minuman suam adalah elok untuk ibu menyusu.

3. Makan makanan seimbang 

Ibu yang sedang menyusu memerlukan tambahan sekitar 700 kalori sehari, 500 kalori diambil dari makanan ibu dan 200 kalori diambil dari cadangan lemak dalam tubuh ibu. Oleh itu, penting bagi ibu menyusu yang sedang berpuasa untuk tetap dengan pola makan 3x sehari dengan menu gizi seimbang (dengan komposisi 50% karbohidrat, 30% protein dan 10-20% lemak).

4. Mengepam pada waktu malam

Tiada masa atau terlalu sibuk untuk mengepam pada waktu siang? Lakukan lebih aktiviti mengepam pada waktu malam. 

5. Nikmati bulan Ramadhan

Susu berkurang? Jangan risau, teruskan mengepam (demand and supply). Sentisa fikir positif dan jangan stress. Stress boleh kurangkan penghasilan susu ibu.

6. Teruskan sesi mengepam

Susu ibu hanya wujud dengan adanya permintaan (demand and supply). Teruskan aktiviti mengepam atau direct feed supaya supply sentiasa mencukupi.

7. Elakkan Minuman Bikarbonat dan Minuman Berkafein

Anda sememangnya digalakkan untuk minum banyak air ketika berpuasa tetapi hindari pengambilan minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat. Sama juga halnya dengan minuman berkafein. Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan.

8. Amalkan Madu

Anda sangat digalakkan untuk memakan madu setiap hari sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga semula jadi. Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.

9. Banyakkan Buah Dan Sayur

Makanlah buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan anda malah bagus untuk bayi juga.

10. Makan Kurma Ketika Berbuka

Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga biji. Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari.

11. Jangan Abai Sahur

Jangan meninggalkan waktu bersahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup. Kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.

12. Minum Air Mencukupi

Anda perlu minum air yang mencukupi ketika sahur dan berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yang bakal menjejaskan penghasilan susu. Minum sedikit tapi kerap.


DOA TAMBAH SUSU IBU



 Kredit : Kumpulan Ibu-Ibu Menyusu Muslim