Antara point-point & kriteria penting kita perlu tahu tentang breast pump:
1) Range harga
Breast pump boleh dibeli dari range harga RM20 sehingga la RM2000. Belilah
pam yang sesuai ikut kemampuan. Tak semestinya beli pam beribu, susu
dapat banyak. Sama je. Mana2 pam sama sahaja. Cuma pastikan, ia selesa,
tak menyakitkan, suction macam baby yang sedang menghisap n senang nak
bawa ke mana2. Kalau boleh, beli time promosi ok! Beli masa jualan
murah. N survey dulu harga pam. Jangan main beli je.
2) Jenis breast pump
Ada banyak
jenis breast pump. Tapi secara generalnya ada 4 iaitu manual,
battery-operated, electric & battery+electric operated.
Manual:
Kita pump sendiri guna kederat tenaga fizikal & mental. Agak
meletihkan tapi harga murah dari yang lain. Kalau elektric source takde
pun kita masih boleh mengepam. Sesuai untuk yang pam kadang-kadang,
jarang-jarang. Biasanya ada single pumping sahaja.
Battery-operated: Breast
pump yang menggunakan battery yang rechargeable. Kena pastikan jangka
hayat untuk battery berapa lama dia mampu bertahan.
Electric:
Pump yang menggunakan electric. Mudah & tidak memenatkan. Perlu
ada electric source. Kemudian plug in & pam la sambil tengok tv ke
buat keje ke.
Battery+electric operated:
Pump yang ada dual function, boleh pakai electric & boleh pakai
battery yang rechargeable. Ini mungkin breast pump yang menjadi idaman
ramai ibu-ibu.
3) Single atau Double pumping
Single pumping maksudnya
breast pump tu hanya boleh pam salah satu dari breast dalam satu masa.
Kiranya kena gilir-gilir. Manual biasanya adalah single pumping mana
kala ada juga single pumping dalam jenis battery-operated, electric
& battery+electric operated. Ada juga single pumping yang boleh
di-upgrade menjadi double pumping.
Double pumping maksudnya
breast pump tu mampu pam serentak kedua-dua breast. Double pumping
biasanya adalah dari jenis breast pump electric & battery operated.
4) Brand breast pump
Ada
berlambak-lambak brand breast pump di pasaran. Sebab berlambak tu la
jadi pening mana satu nak pilih ni kan. Antaranya Medela, Avent,
Spectra, Modu, Nuby, Tommi Tippee, Ameda, Unimom, Anakku, Pureen. Antara
yang famous & selalu kita baca review blogger2 kat Malaysia
tentulah Medela, Avent & Spectra.
5) Jenis sedutan
Jenis
sedutan atau suction ni penting. Ada breast pump yang boleh mimic
seperti baby, ada yang suction agak kuat, ada yang senyap semasa
mengepam & ada juga yang krok krek krok krek (boleh tak buat bunyi
gini?) bising bila dipam. Di sini kita boleh baca review &
pengalaman orang lain. Breast pump electric biasanya mampu selaraskan
atau oter kelajuan sedutan mengikut keselesaan kita.
6) Bilangan parts
Ada breast
pump yang mempunyai banyak parts & ada juga yang sedikit. Make sure
all the parts are BPA free sebab kita pump susu untuk diminum baby.
Pastikan spare part mudah untuk dicari supaya senang untuk menggantikan
jika ada part yang hilang atau rosak. Breast pump jenis manual
kebiasaannya mempunyai parts yang sedikit berbanding breast pump jenis
lain. Breast pump jenis electric & battery operated juga perlu
dihantar service, macam kereta pulak ye. Di sini adalah penting adanya
warranty dalam membeli sesebuah breast pump.
7) Size & Berat
Size &
berat sesebuah breast pump juga berbeza. Macam biasa, ada yang ringan,
ada yang berat, ada yang kecik, ada yang gedabak besar masuk handbag
confirm tak muat. Bagi yang selalu travel & membawa ke hulu hilir
breast pump ni lebih-lebih lagi ibu bekerja, haruslah consider breast
pump yang ringan, kecil & mudah untuk dibawa.